Tuesday, May 5, 2009

NOTA

TOPIK1: PENGENALAN KEPADA KESIHATAN PEKERJAAN DAN KESELAMATAN

SEJARAH PERGERAKAN DAN PERSPEKTIF
>Sejarah di Malaysia
=Sebelum 1914 - Era Keselamatan Dandang (Boiler Safety)
=1914 – 1952 - Era Keselamatan Jentera
=1953 – 1967 - Era Keselamatan Industri – Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
Peraturan
=1968 – 1994 - Era Keselamatan dan Higen Industri
=Selepas 1994 - Era Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan – Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan

>Global
=Evolusi undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:
-Revolusi Industri
-‘The Robens report and recommendations’
-Sistem UK, Australia, Sweden dan yang terdapat di Amerika Syarikat

DEFINASI KERJA
“Sesuatu kerja itu melibatkan satu ikatan antara pekerja dan majikan dimana wujudnya satu perhubungan kontrak (bertulis atau tidak bertulis) yang mana pekerja bersetuju melakukan sesuatu tugas dengan bayaran” (Kahn)

MAKSUD NILAI KERJA
“Nilai kerja bukan sahaja bergantung kepada ganjaran luaran seperti pampasan, faedah dan status, tetapi pada kebiasaannya atau lebih penting kepada ganjaran dalaman seperti kepuasan diri, pencapaian, keseronokan, kebanggaan, kebahagian, halatuju dan kemajuan diri” (Bezold et.al)

PERBEZAAN DI ANTARA KESIHATAN DAN KESELAMATAN
>Definasi Kesihatan
=Satu keadaan kesempurnaan dari segi fizikal, mental dan social dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau keuzuran. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

>Kesihatan:
=Dilihat sebagai pencegahan penyakit.
=Pendedahan kepada jangka masa yang panjang.
=Agen penyebab dalam bentuk mikroorganisma.
=Jangkitan dalam bentuk kronik.

>Keselamatan:
=Dilihat sebagai pencegahan kecederaan.
=Kesan dalam bentuk kecederaan fizikal.
=Berlaku secara segera atau akut.
=Berkaitan dengan soal reka bentuk contohnya mesin bahaya.

KEPERLUAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
=kejadian yang menyebabkan kematian di tempat kerja
=Bilangan kemalangan
=Kes penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.
=‘Reactive as opposed to planning’ di dalam pencegahan kemalangan

RASIONAL BAGI MENGADAKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
=Kebaikan bekerja:
-‘sense of well-being”, meningkat taraf ekonomi dan kesihatan
=Kebiakan perkhidmatan:
-meningkat produktiviti pekerja, cegah kemalangan
=Pekerja sebagai asset:
-‘ money, manpower, material’ dalam pengurusan
=Keburukan bekerja:
-kesan-kesan dan masalah kesihatan – hazad-hazad bekerja

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
=Memberi nasihat berkenaan mengenai langkah-langkah untuk mempastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan membantu menyelaras program keselamatan dan kesihatan pekerja.
=memeriksa tempat kerja dan mengambil bahagian didalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak majikan.
=Menyiasat kemalangan serius, kejadian merbahaya dan penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.
=Membantu penyelia di dalam penyiasatan kemalangan, memeriksa lapuran dan pelaksanaan langkah pencegahan risiko.
=Menyimpan statistik kemalangan, penyakit dan kejadian merbahaya di tempat kerja.
=Bertindak sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

TOPIK 2: PENYIASATAN INSIDEN

DEFINASI
KEMALANGAN:
=Sesuatu peristiwa yang tidak diduga atau dirancang dan berlaku dalam satu urutan kejadian melalui satu kombinasi penyebab-penyebab.
=Ianya akan membawa kepada akibat kecederaan fizikal atau penyakit kepada seseorang individu, kerosakkan kepada harta benda, satu kehilangan, atau pengelakkan (near miss) atau pun mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut.

KEMALANGAN MENGIKUT HSE:
=Termasuk mana-mana situasi tidak diingini yang menimbulkan ketidaksempurnaan (ill-health) atau kecederaan, kerosakkan kepada harta benda, loji, hasilan atau kepada persekitaran, kerugian pengeluaran atau peningkatan liabiliti.

INSIDEN (HSE):
=Termasuk semua situasi yang tidak diingini atau pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan.

KECEDERAAN:
=ialah kecederaan kepada tubuh (yang diperolehi) disebabkan kemalangan, contohnya, ‘laceration, abrasion, bruise, puncture, wound, particulates, fracture’ dsb.

TEORI DOMINO HEINRICH
=Berdasarkan kepada rangkaian atau urutan peristiwa.
=Peristiwa disusun secara kronologi hinggalah kejadian kemalangan.

Peristiwa (a) --- Peristiwa (b) --- Peristiwa (c) --- Kemalangan --- Kesan.

=5 faktor atau peringkat dalam rangkaian atau urutan peristiwa ialah:
-keturunan/ persekitaran sosial
-kesilapan seseorang yang menjadi penyebab
-tindakan yang tidak selamat
-kemalangan dan
-kecederaan

=Heinrich mencadangkan bahawa pencegahan kemalangan hendaklah ditumpukan kepada domino ketiga ia itu tindakan yang tidak selamat/atau hazad mekanikal.


TEORI ‘MULTI-CAUSATION’:
=Merujuk kepada kenyataan di mana mungkin terdapat lebih daripada satu penyebab kepada kemalangan.

Penyebab a}
Penyebab b} = KEMALANGAN
Penyebab c}

=Bagi setiap penyebab ini mempunyai persamaan dengan peringkat ketiga teori Heinrich di mana ia nya mewakili tindakan yang tidak selamat atau situasi

=Sikap terhadap keselamatan (kelemahan / kesilapan seseorang) akan ditentukan oleh:
-Genetik
-Persekitaran
-Pendidikan
-Tekanan kumpulan
-Kesihatan
-Umur
-Pengalaman
-Persepsi terhadap risiko
-Keperluan atau sasaran kerja
-Keperluan atau sasaran individu.

PENGKLASAN KEMALANGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
=tahap kecederaan yang diterima
=bilangan hari tidak bertugas
=kerosakkan/kehilangan kepada harta benda
=kemalangan kecemasan

KEPERLUAN BAGI MENJALANKAN PENYIASATAN.
>Memenuhi kehendak perundangan
=Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
=Akta Kilang dan Jentera 1967
=Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988

>Memenuhi kehendak dasar organisasi
=Memenuhi syarat-syarat polisi insuran
=Mengesan kecuaian sekiranya ada berlaku
=Memastikan samada prosidur yang betul telah diikuti
=Memperolehi penyebab kejadian
=Tujuan penyiasatan:
-untuk mendapatkan fakta yang benar, tepat, menyeluruh dan yang berkaitan.

PENGUMPULAN DAN MENINTERPRETASI DATA-DATA PENYIASATAN.
=menjalankan siasatan
=menemuduga saksi
=dokumen ‘discoverable’
=dokumen ‘priviledged’

MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN.
i)mengetahui jenis-jenis kemalangan yang mesti dilapurkan:
=kemalangan melibatkan kematian
=kemalangan menyebabkan kecederaan/keuzuran (illness)
=penyakit
=insiden gas
=kejadian merbahaya

ii)mengetahui kejadian:
= tanggongjawab untuk melapur kejadian
= prosidur untuk melapur
= polis diberitahu
= menyediakan rajah urutan

iii)ketibaan ditempat kejadian:
=tindakan pertama dan segera
=membantu pertolongan cemas
=mengeluarkan mangsa
=mengasingkan tapak
=memberitahu keluarga mangsa
=kaitan dengan penyiasatan polis

iv)penyiasatan:
=prosidur menyiasat
=senarai orang yang perlu diberitahu
=lapuran kepada pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang
=membuat lawatan segera ketempat kejadian
=mendapatkan bukti yang tepat dengan segera
=berada ditapak yang betul
=menemuduga saksi

v)lapuran penyiasatan:
=kandungan
=maklumbalas yang positif
=cadangan
=kesimpulan
=kerjasama berterusan



vi) sebab-sebab kemalangan tidak dilapurkan:
=takut dikenakan tindakan disiplin
=imej peribadi terjejas
=mencemarkan rekod
=prosidur yang terlalu ‘bureaucratik’
=kurang fahaman

vii) cara-cara bagi menggalakkan lapuran dibuat:
=sikap bertoleransi dan bertimbang rasa
=semangat melindungi rakan
=menggunakan perangkaan secara positif
=memudahkan sistem lapuran
=meningkatkan kesedaran – program bersepadu


TOPIK 3: PEMERIKSAAN KESELAMATAN (2 JAM)

DEFINASI
PEMERIKSAAN:
=penelitian keatas tindakan atau keadaan pada satu titik masa atau lokasi dalam sesuatu organisasi. Ianya merupakan satu kaedah bagi memantau prestasi, mengumpulkan fakta yang berkaitan dengan isu-isu yang biasanya boleh diperbetulkan oleh peringkat penyeliaan atau pengurusan pertengahan. (The handbook of Health and Safety at Work)


PEMERIKSAAN KESELAMATAN:
=melibatkan aktiviti mengenalpasti keadaan dalam sesuatu tempat kerja yang ditetapkan bagi membolihkan tindakan di ambil supaya piawai dapat dikekalkan melalui program dan peruntukan berterusan dalam masa pendek mahupun jangka masa pertengahan

SOAL TAKTIK DENGAN STRATEGI
>TAKTIK:

=cara atau kaedah melaksanakan sesuatu tujuan dll.; sistem yang dipakai ketika melaksanakan sesuatu

>STRATEGI:
=kepandaian merancang dan mengarahkan dan menguruskan sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

>Pemeriksaan melibatkan lebih soal taktik daripada strategi

OBJEKTIF DAN TUJUAN PEMERIKSAAN
OBJEKTIF:
=Menyara (maintaining) satu persekitaran kerja selamat melalui pengenalan hazard dan penyingkiran.
=Menentukan orang bertingkahlaku dan bekerja dengan cara selamat.
=Menentukan operasi menepati atau melebihi piawai yang dapat diterima dan piawai kerajaan.
=Menyara kualiti produk dan keuntungan operasi.

TUJUAN PEMERIKSAAN:
=Mengesan penyebab kemalangan atau hazard berpotensi.
=Memperbetul atau melindungi (safeguarding) keadaan dalam pencegahan kemalangan.
=Penting di dalam kawalan kehilangan (loss control) pencegahan kemalangan.
=Menepati justifikasi bagi mengadakan program kesihatan dan kes. dari segi

FAKTOR MORAL:
=sifat keperimanusiaan:
-Tanggungjawab untuk melindungi sejagat, keselamatan
= majikan:
-tanggungjawab untuk mempastikan persekitaran kerja yang selamat
=pekerja:
-tanggungjawab untuk keselamatan diri.

FAKTOR EKONOMI:
=kaitan pencegahan kemalangan dan kos yang dapat dijimat pemeriksaan sebagai ‘tool’ didalam pengawalan kos operasi
= kos pentadbiran, perubatan dan rawatan, kos kehilangan masa, pampasan.

FAKTOR PERUNDANGAN:
=Undang-undang tertentu mewajibkan tindakan pencegahan dan kawalan diadakan ditempat kerja dan pemeriksaan merupakan aktiviti yang perlu di jalankan.
=Berdasarkan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
= majikan perlu membentuk jawatankuasa atau melantik seseorang pegawai dan keselamatan pekerjaan di mana salah satu peranan utama adalah di dalam menjalankan pemeriksaan ke atas tempat kerja bagi memastikan pematuhi kepada peruntukan perundangan.

PRINSIP-PRINSIP DALAM PEMERIKSAAN
=pemantauan:
-meneliti, menyemak dan mengumpul matlumat untuk membuat perbandingan dengan piawai yang telah ditetapkan. Melibatkan pemeriksaan dan pengajian. Ia berkaitan dengan prestasi sesuatu sistem kerja yang selamat. Juga melibatkan pengumpulan matlumat keatas subjek melalui pemerhatian keadaan tempat kerja, pekerja dan prosidur operasi.
=kajian semula:
-data-data yang dikumpulkan pada peringkat pemantauan diproses dan dikaji semula dengan piawai. Ianya merupakan satu penelitian yang melibatkan pengukuran dan pertimbangan bagi mendapatkan satu asas matlumat mengenai status keselamat dan kesihatan subjek.
=penilaian:
-peringkat ini berkaitan dengan penilaian dan pertimbangan isu-isu keselamatan dengan piawai yang telah ditetapkan yang mana akan melibatkan keperluan membuat keputusan terhadap tindakan oleh pihak pengurusan.

JENIS-JENIS PEMERIKSAAN:
=pemeriksaan keselamatan berjadual
=pensampelan keselamatan
=lawatan keselamatan
=pemerhatian keselamatan


>PEMERIKSAAN KESELAMATAN BERJADUAL:
=jenis paling biasa digunakan
=rutin
=melibatkan satu pasukan kecil (50% pihak pekerja & 50% pihak pengurusan)
= ketua pasukan memainkan peranan penting
=masa yang diambil diantara 1-3 jam
=kekerapan – bulanan atau bergantung kepada tahap risiko

> PENSAMPELAN KESELAMATAN:
=pemeriksaan keselamatan kecil atau ‘mini’
=berlaku disatu bahagian kecil tempat kerja
=memberi tumpuan kepada isu dimana lapuran kecederaan, ‘near miss’
=menunjukkanya sebagai bermasalah
=tujuan mengenalpasti masalah keselamatan dengan awal dan menjalankan tindakan pembetulan segera.
=melibatkan tidak lebih daripada 2-3 orang
=kekerapan pemeriksaan - mingguan

>LAWATAN KESELAMATAN:
= merupakan pemeriksaan yang mudah
= melibatkan hanya 1 orang
= tujuan boleh memperolehi matlumat secara cepat mengenai status keselamatan dan kesihatan sesuatu tempat kerja
=lawatan dalam kebanyakan kes akan mengikut laluan yang ditetapkan
=dilakukan oleh pengurus kanan, pihak berkuasa pemeriksaan atau inspektor insuran
= masa yang diambil antara 1-2 jam
= kekerapan bagi lawatan – tidak seharusnya ditentukan – sama sepertimana yang didalam ‘spot check’

>PEMERHATIAN KESELAMATAN:
=merupakan kaedah yang paling mudah dan berkesan dan dibahagikan dalam dua cara :
-pemerhatian keselamatan secara umum:
*tujuan ini ialah untuk mengenengahkan tindakan atau keadaan tidak selamat, kelemahan operasi, kesilapan pertimbangan dan sikap tidak betul isu-isu dikenalpasti dan direkodkan.

-pemerhatian sikap keselamatan:
*dijalankan secara informal dalam kerja harian.
*Contohnya pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja mengisar dan tidak mengguna alat pelindungan mata mungkin menunjukkan satu masalah sikap.
*Kaedah ini digunakan terutamanya dalam organisasi yang mempunyai tahap keselamatan dan kesihatan tinggi dan ingin meningkatkan lagi kedudukannya dengan mungkin membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan pada masa akan datang.

PERANAN DAN TUGAS
=Pemeriksaan berkala
=Memberi cadangan untuk memperbaiki keadaan
=Latihan dan pendidikan
=Program keselamatan dan kesihatan.


TOPIK 4: MODEL PROGRAM KESELAMATAN (2 JAM)

MODEL:
=memberi satu illustrasi berkenaan cara berkesan untuk menyediakan keselamatan melalui kaedah penyertaan dan ‘holistic’. Ianya memperkenalkan satu usaha ‘cohesive’ diantara 3 unsur kritikal yang mempunyai pengaruh besar keatas kejayaan sesuatu program keselamatan. Model ‘conceptual’ adalah sapertimana yang dilampirkan.

=Unsur-unsur dalam model:
-Pekerja
-Pasukan Keselamatan
-Pengurusan

=Unsur Luaran
-Peraturan Kerajaan
-Teknologi
-Ekonomi
-Pelanggan

UNSUR-UNSUR DAN PENGARUHNYA
I) PENGARUH PENGURUSAN
=Dipengaruhi oleh prinsip-prinsip pengurusan ke atas keselamatan.
- keselamatan harus diberi sama tumpuan dengan aktiviti perniagaan yang lain
- pengurusan harus menunjukkan komitmen yang jelas
- perlu menyediakan keperluan-keperluan untuk pembaikan
- sedia untuk menghadapi perubahan

II) PENGARUH PEKERJA
- penglibatan didalam aktiviti keselamatan dan kesihatan
- motivasi yang kental
- proses kerja dan di dalam membentuk program keselamatan

III) PENGARUH PASUKAN KESELAMATAN
- bertindak sebagai daya rujuk
- pemantauan aktiviti
- perantara pengaruh luaran dan proses pembaikan keselamatan
- memantau perubahan operasi dan teknologi.

KAWALAN KEHILANGAN:
=bermakna mencegah kemalangan daripada berlaku. Ianya dicapai melalui satu program kawalan keselamatan dan hazad kesihatan yang menyeluruh. Kawalan Kehilangan melibatkan pencegahan kecederaan, Penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan dan kerosakkan daripada kemalangan kepada harta syarikat. Ianya juga melibatkan pencegahan kecederaan, penyakit dan kerosakkan harta daripada kemalangan keatas pelawat dan orang awam.

BIDANG & TANGGUNGJAWAB SEORANG PENYELIA
Bidang utama seperti berikut:
=kawalan pengeluaran
= kawalan mutu
=kawalan kos
=kawalan kemalangan/keuzuran/kehilangan

Hendaklah menjadi tanggungjawab seorang penyelia di dalam pencegahan kejadian kemalangan pada setiap masa dan tanggungjawab ini tidak boleh dipisahkan dengan bahagian-bahagian tugas-tugas yang lain.

REKOD KESELAMATAN SEBAGAI PENGUKUR PRESTASI
=digunakan oleh firma-firma yang berjaya di dalam menilai prestasi tenaga kerja mereka.
=tanggungjawab pihak pengurusan untuk mempastikan kawalan kehilangan
=tanggungjawab pihak pertengahan
=tanggungjawab pihak pekerja

PENDEKATAN TERHADAP KESELAMATAN
>PENDEKATAN LAMA:
=prestasi keselamatan di ukur melalui kehilangan masa dari kemalangan. Selagi tiada kejadian kes parah, penyelia akan mendapati bahawa prestasi mereka adalah baik.

>KAJIAN OLEH HEINRICH:
=Bagi setiap kejadian kemalangan serius terdapat 29 kecederaan ringan dan 300 kemalangan lain yang tidak membawa kepada apa-apa kecederaan. Peristiwa sama yang tidak menyebabkan apa-apa kecederaan pada satu ketika mungkin akan mendatangkan kecederaan serius bagi kali berikutnya ia berlaku.

HUBUNGAN ANTARA KOS DENGAN KEMALANGAN
=kemalangan dan keuntungan
=kos rawatan dan perubatan
=perbelanjaan rehabilitasi
=pampasan kepada pekerja
=premium insuran yang tinggi
=kehilangan kelayakkan berinsuran
=kehilangan masa kerja
=pengurangan di dalam hasil pengeluaran

TOPIK 5 : PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DAN KESELAMATAN (2 JAM)

PROGRAM BERDASARKAN ‘KEPERCAYAAN KEPADA KESIHATAN’
=Tingkah laku seseorang berkaitan kesihatan boleh dijelaskan berasaskan kepada tiga fakta iaitu :
-kewujudan rangsangan atau motivasi yang mencukupi terhadap kesihatan
-persepsi ancaman terhadap sesuatu keadaan keatas seseorang individu ia itu kepercayaan bahawa seseorang itu terdedah kepada sesuatu keadaan dan persepsi mengenai keparahan bahayanya dan
-kepercayaan atau persepsi bahawa sesuatu tindakan itu dapat memberi manfaat di dalam mengurangkan ancaman itu pada kos yang munasabah


PROGRAM BERDASARKAN ‘KEMAMPUAN DIRI ‘ (SELF-EFFICACY)
=Berasaskan kepada teori ia itu tingkah laku ditentukan oleh pengharapan seseorang individu dan ganjaran yang dapat diperolehi apabila melakukan tingkah laku tersebut. =Pengharapan termasuk kepercayaan kepada diri bahawa ia mampu melakukan tingkah laku tersebut dengan baik.
=Contohnya – ‘Jika dia boleh melakukannya, kenapa pula saya tidak’ ?.

PROGRAM ‘PRECEDE’
=Merupakan rangka kerja bagi merancang dan mereka bentuk program pelajaran kesihatan.
=Ia memberi fokus kepada fakta-fakta yang mempengaruhi peningkatan prestasi tingkah laku kesihatan.
=Fakta- fakta ‘predisposing’ saperti pengetahuan, sikap, kepercayaan, nilai, dan persepsi. =Fakta-fakta penyokong saperti dorongan daripada ahli keluarga, kawan, rakan sekerja, penyelia dan juga peringatan untuk melakukan tingkah laku itu sendiri.

REKABENTUK PROGRAM PELAJARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
=Model langkah 10 (The Ten Step Model) – perancangan berpandukan langkah-langkah berikut :
-Kenalpasti kumpulan sasar
-Tetapkan Matlamat Umum
-Tetapkan Objektif Spesifik
-Kenalpasti Pengetahuan dan Kemahiran yang diperlukan
-Kenalpasti Punca, Saluran, dan Ciri mesej
-Bentuk kaedah dan penggunaan sumber bagi program (penguatkuasaan dasar yang konsisten, perolehan peralatan P.P.E dan usaha lain organisasi)
-Kaedah dan sumber (percetakan, komputer, gaya pembelajaran, kebolehan)
-Pengukuhan
-Pelaksanaan pelan
-Penilaian dan Pindaan kepada Program

TOPIK 6:PENGURUSAN KEHILANGAN (TERMASUK SOCSO) (2 JAM)

KONSEP PENGURUSAN KEHILANGAN:
=Satu percubaan untuk mencegah kejadian kecederaan, risiko kesihatan, kerosakkan harta dan kerosakkan hasil kerja atau produk melalui penelitian kepada penyebab (Gardner A.W)

PRINSIP KAWALAN KEHILANGAN:
=Sesuatu tindakan yang tidak selamat, keadaan yang tidak selamat, kecederaan, kerosakkan harta atau ‘near miss’ adalah isyarat (indication) sesuatu yang tidak kena dengan sistem pengurusan
=Kita boleh meramalkan ia itu bagi sesuatu keadaan tertentu ianya boleh menyebabkan kecederaan teruk atau kerosakkan besar.
=Keselamatan hendaklah diberi pertimbangan yang sama dengan fungsi lain dalam pengurusan sesuatu organisasi
=Prestasi keselamatan berkesan ialah dalam bentuk prosidur pengurusan yang menetapkan kebertanggongjawaban (accountability)
=Fungsi keselamatan ialah didalam menentu dan mengenalpasti kesilapan operasi yang menyebabkan sesuatu peristiwa yang tidak dirancang, tidak diingini, dan tidak diduga itu berlaku.

BIDANG TANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN KEHILANGAN:
=tanggungjawab
=pekerja
=majikan
=bidang kuasa:
-penggubalan dasar
-pelaksanaan
=penurunan kuasa:
-membuat keputusan
=kebertanggonjawaban
-bagi diri ke atas aspek kesihatan dan keselamatan
-majikan ke atas pekerja dan organisasi secara keseluruhan

ANALISIS KESELAMATAN KERJA
Prosedur asas:
=pilih tugas dimana analisis diperlukan
=bahagikan tugas kepada beberapa langkah mengikut urutan
=lakukan pemeriksaan dan pemerhatian keatas setiap langkah tugas untuk menentukan hazad atau kemalangan
= bentuk langkah pencegahan untuk menghapus atau mengurangkan risiko kemalangan dengan menggunakan hirarki kawalan
=mengubal dokumen sistem kerja yang selamat dan arahan kerja yang selamat
= mengkaji semula sistem kerja yang selamat dan amalan kerja yang selamat secara berkala untuk mempastikan kegunaannya.

Sistem kerja yang selamat:
=merupakan satu prosidur rasmi yang dihasilkan daripada pemeriksaan tugas yang sistematik untuk mengenal- pasti semua hazad, menilai risiko dan kaedah kerja yang selamat bagi memastikan hazad didapat diatasi atau dikurangkan.
=Contoh dimana sistem yang selamat di kehendaki sebagai sebahagian kawalan adalah :
- operasi pencucian dan penyelenggaraan
- pertukaran kepada prosidur biasa, termasuk lakar (lay-out), bahan dan kaedah
- kerja bersendirian atau jauh dari tempat kerja dan kemudahan
- kerosakan (breakdown) dan kecemasan
- kawalan keatas aktiviti kontraktor di tempat kerja
- pemunggahan kenderaan, penurunan barang-barang dan pergerakan

Terdapat 5 langkah asas di dalam pembentukan semua sistem kerja yang selamat
- Penilaian ke atas tugas
- Mengenalpasti hazad, penilaian risiko dan kawalan
- Mengenalpasti sistem yang selamat
- Melaksanakan sistem
- Memantau system

Sistem Permit Untuk Bekerja:
=kuasa secara bertulis kepada seseorang pekerja (tradesperson) untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan keatas sesuatu item peralatan, loji atau bangunan.
=Permit ini dikeluarkan kepada orang yang di dapati cukup memahami tentang peralatan, yang arif tentang hazad yang mungkin timbul apabila menjalankan kerja, yang telah dilatih di dalam sistem permit untuk bekerja dan bagi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit
=Permit untuk bekerja merupakan satu pernyataan oleh orang tertentu dan yang diberi kuasa, bahawa kerja telah dinilai, langkah berjaga-jaga keselamatan yang kerap, atau langkah khusus yang perlu diambil itu dikenalpasti dengan jelas dan oleh itu selamat, bagi seseorang pekerja untuk melakukan kerja.
=Sistem permit untuk bekerja itu merupakan rekod kekal langkah berjaga-jaga yang telah diambil untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pengoditan yang kerap keatas sistem akan membantu mengenalpasti sebelum sesuatu, samada orang memberi kuasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan itu menjalankan tanggongjawabnya dengan memuaskan atau samada mereka memerlukan latihan lanjutan.Langkah berjaga-berjaga ini memerlukan pertimbangan yang berhati-hati oleh seseorang berpengalaman sebelum memberi kuasa kepada sesuatu kerja itu untuk dilakukan. Pengalaman telah menunjukkan bahawa bagi sesuatu sistem permit untuk bekerja yang diamalkan dengan berkesan akan mengurangkan ketahap minima insiden kecederaan dan kejadian yang tidak diduga atau merbahaya semasa penyelenggaran.

=CADANGAN PENGESAHAN KUASA BERPERINGKAT:
‘STANDARD’
=Semua ‘permit menjalankan kerja’ biasa. Tiada pengesahan kuasa untuk ‘kerja panas’ (hot work). Biasanya orang diperingkat penyeliaan pertama.

‘STANDARD AND HOT-WORK’
=Satu aktiviti yang melibatkan punca pembakaran (ignition) seperti kimpalan, patri atau operasi yang menghasilkan serpihan api (spark) – Semua ‘permit menjalankan kerja’ biasa, ‘kerja panas’ tetapi tidak untuk ‘memasuki ruang tertutup’. Biasanya pada peringkat penyeliaan pertama yang cukup berpengalaman

‘FULL AUTHORISATION’
=Semua ‘permit menjalankan kerja’ termasuk untuk ‘memasuki ruang tertutup’. Biasanya pada peringkat penguasa berpengalaman atau lebih kanan.

‘REGULAR MAINTENANCE’
=Bagi penyelenggaraan regular dan berulang (recurrent).

Dalam kes ini akan ditetapkan secara bertulis prosidur-prosidur yang diperlukan untuk persediaan item loji dilakukan penyelenggaraan. Pekerja cekap (leading hands) atau operator kanan (senior operators) boleh diberikan kuasa untuk mengeluarkan ‘permit menjalankan kerja’ untuk kerja tersebut sahaja.

ORGANISASI PERKESO DAN PERKHIDMATAN
=Menerangkan mengenai organisasi PERKESO (SOCSO)
-Telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 01/10/71
-Tujuan bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
-PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian bencana luar jangka

=Menerangkan objektif PERKESO
-Untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu

=Menerangkan jenis-jenis pampasan yang boleh dituntut oleh seseorang pekerja yang terlibat:
-Tuntutan hilang upaya sementara
-Tuntutan hilang upaya kekal
-Tuntutan kemalangan maut
-Tuntutan penyakit khidmat
-Tuntutan bayaran ganti belanja

=Menerangkan proses yang terlibat dalam membuat tuntutan pampasan
-Memberi maklumat tuntutan dengan mengisi borang-borang sepertimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971

=Membincangkan peranan PERKESO dalam pencegahan kemalangan
-Menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam promosi pencegahan kemalangan seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH), dan pertubuhan bukan kerajaan

TOPIK 7: PENGUKURAN PRESTASI KESELAMATAN (2 JAM)

TUJUAN PENGUKURAN PRESTASI KESELAMATAN
- Menentukan samada rancangan dan objektif dilaksanakan atau tercapai
- Memeriksa kawalan risiko telah dilaksanakan dan berkesan
- Membelajar daripada kesilapan di dalam pengurusan sistem kesihatan dan keselamatan
- Memberi maklumbalas kepada semua pihak yang terlibat
- Membekal maklumat yang boleh digunakan untuk mengkaji semula dan memperbaiki pengurusan sistem

PEMANTAUAN ‘PRO-ACTIVE’ DAN ‘REACTIVE’
=Pemantauan ‘Pro-active’
-Digunakan untuk memeriksa pematuhan aktiviti kesihatan dan keselamatan pekerjaan contohnya untuk mendapatkan pengesahan bahawa pekerja yang baru telah menghadiri kursus induksi

=Pemantauan ‘Reactive’
-Digunakan untuk menyiasat, menganalisa dan merekod kegagalan dalam sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan termasuk kemalangan dan insiden.

PRINSIP-PRINSIP PENGUKURAN PRESTASI
- Pilih satu kombinasi indikator sebagai pengukur prestasi
- indikator menerus
- data kemalangan
- jangan menggunakannya sebagai pengukur tunggal
- indikator lain
- piawai kekemasan, penggunaan peralatan pelindungan keselamatan
- berguna didalam menyediakan bukti awal kejayaan atau kegagalan

LAPURAN INSIDEN
- semua insiden hendaklah direkodkan
- program kawalan kemalangan hendaklah memberi tumpuan kepada pengelakkan (near misses)
- lapuran penyiasatan yang berasingan hendaklah disediakan bagi setiap insiden
- borang yang direka dengan baik adalah perlu untuk mengumpul matlumat yang lengkap dan penuh mengenai sesuatu insiden

Bil.kematian
1,000
Purata pekerja setahun
- Kadar kematian =


Bil.kematian
1,000
Purata pekerja setahun
- Kadar insiden =


Bil.kemalangan
1,000,000
Jumlah Jam bekerja
- Kadar kekerapan=


Jumlah kehilangan hari kerja
1,000,000
Jumlah Jam bekerja
- Kadar keparahan =


TEKNIK-TEKNIK PENGUKURAN
- penggunaan senarai semak
- lawatan keselamatan
- pensampelan keselamatan
- pensampelan tingkah laku
- kajian sikap


TOPIK 8: PENGANGKUTAN BAHAN MERBAHAYA (2 JAM)

PENGKELASAN BAHAN-BAHAN MERBAHAYA
PENGKELASAN BERDASARKAN SIFAT FISIKOKIMIA
=Mudah meletup
=Pengoksidaan
=Amat mudah terbakar
=Sangat mudah terbakar
=Mudah terbakar

Mudah meletup
bahan kimia dan sediaan yang boleh meletup akibat kesan api yang menyala atau yang lebih sensitif terhadap kejutan atau geseran daripada dinitrobenzena

Pengoksidaan
bahan kimia dan sediaan yang menghasilkan tindak balas yang sangat eksotermik apabila bersentuhan dengan bahan kimia lain terutamanya bahan kimia mudah terbakar

Amat mudah terbakar
bahan kimia dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat yang rendah dpd. 0oC dan takat didih yang rendah dpd. atau sama 35oC

Sangat mudah terbakar
(i) bahan kimia dan sediaan yang boleh menjadi panas dan akhirnya terbakar apabila bersentuhan dengan udara pada susu ambien tanpa apa-apa pengenaan tenaga;
(ii) bahan dan sediaan pepejal yang boleh terbakar dengan mudah selepas sentuhan singkat dengan sumber pencucuhan dan yang terus terbakar atau hangus selepas dibuang sumber pencucuhan itu;
(iii) bahan dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat di bawah 21oC;
(iv) bahan dan sediaan gas yang mudah terbakar di udara pada tekanan biasa; atau
(v) bahan dan sediaan yang apabila bersentuhan dengan air atau udara lembab, menghasilkan gas sangat mudah terbakar dalam kuantiti bahaya

Mudah terbakar
bahan dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat yang sama dengan atau yang lebih dpd. 21oC dan kurang dpd. atau sama dengan 55oC


PENGKELASAN BERDASARKAN KESAN KESIHATAN
=Sangat tosik
=Toksik
=Memudaratkan
=Mengakis
=Merengsa

Sangat toksik
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang amat serius, akut atau kronik dan bahkan kematian

Toksik
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius, akut atau kronik atau bahkan kematian

Memudaratkan
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menebusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang terhad

Mengakis
bahan dan sediaan yang boleh memusnahkan tisu hidup apabila bersentuhan dengannya
Merengsa
bahan dan sediaan tak mengakis yang boleh menyebabkan keradangan melalui sentuhan langsung, berpanjangan atau berulangan dengan kulit atau mukus membrane

KESAN KESIHATAN DARIPADA PENDEDAHAN
= kesan akut
= kesan kronik

CARA-CARA KAWALAN
>Pelabelan Bahan Berbahaya:
=nama bahan kimia berbahaya mengikut tatanama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
=nama, alamat dan nombor telefon pembekal
=lambang bahaya dan tanda bahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual II
=sifat risiko khas yang dikaitkan dengan penggunaan bahan kimia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III
=langkah-langkah pencegahan keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual V

>Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS):
+Hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
=keluaran bahan kimia itu sendiri:
*termasuk nama tred atau nama kimia
*pengenalan syarikat dengan butiran tentang pembekal
=kandungan bahan
=pengenalpastian bahaya
=langkah-langkah pertolongan cemas
=langkah-langkah pemadaman kebakaran
=langkah-langkah bagi menghadapi pelepasan tidak sengaja
=pengendalian dan penyimpanan
=kawalan pendedahan dan perlindungan diri (termasuk kaedah yang boleh digunakan bagi mengawasi pendedahan di tempat kerja)
=sifat fizik dan kimia
=kestabilan dan kereaktifan
=maklumat toksikologi (termasuk laluan mungkin untuk masuk ke dalam badan dan kemungkinan adanya sinergisme dengan bahan kimia atau bahaya lain yang dihadapi semasa bekerja)
=maklumat ekologi
=maklumat pelupusan
=maklumat pengangkutan; dan
=tarikh penyediaan Risalah Data Keselamatan Kimia.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
=Peraturan Kawalan Terhadap Bahaya Terhadap Kemalangan Besar Dalam Perindustrian, 1996
=Peraturan Pengkelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Merbahaya, 1997

TOPIK 9: PERANCANGAN KECEMASAN (2 JAM)

1) MAKSUD KECEMASAN DITEMPAT KERJA
Kemalangan – peristiwa yang tidak diduga, yang mampu menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda. (Accident – unexpected event which cause damage and harm. Happens by chance)

Kecemasan – kombinasi keadaan, yang tidak diduga, dan yang menimbulkan keadaan yang memerlukan tindakan serta-merta. (Emergency – an unforeseen combination of circumstances and the resulting state that calls for immediate action)

Bencana – sesuatu peristiwa (bencana) yang berlaku secara tiba-tiba dan membawa kerosakan teruk, kehilangan dan kemusnahan. (Disaster – a sudden calamitous event bringing great damage, loss and destruction)

1.1 PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI KECEMASAN
Kemalangan adalah termasuk kebakaran, letupan, kebocoran gas toksid secara tidak sengaja, tumpahan bahan kimia, bencana alam dan keganasan ditempat kerja, yang mengakibatkan kecederaan.


1.2 JENIS-JENIS KECEMASAN:
i. Kebakaran
ii. Letupan
iii. Tumpahan bahan merbahaya, cth. bahan kimia toksik
iv. Bencana alam, cth. banjir, gempa bumi, ‘landslide/mudslide’
v. Pengeboman dan Ugutan Bom
vi. Rusuhan


1.3 HIRARKI PEMERINTAH
I) Pelan hirarki hendaklah mengenalpasti pegawai yang akan menjadi Penyelia Insiden dan bagaimanakah beliau boleh dikenali pada setiap masa.
II) Pelan itu juga mestilah menyatakan Penyelia Insiden gantian jika Penyelia Insiden utama tidak dapat dihubungi serta pengaturan kakitangan semasa insiden.
III) Pelan ini juga haruslah menyatakan nama dan tugas-tugas setiap ahli yang terlibat semasa insiden. Bergantung kepada saiz kawasan kejadian di mana di dalam sesetengah keadaan fungsi-fungsi ahli yang terlibat boleh digabungkan.
IV) Satu rangkaian arahan (Chain of Command) haruslah dikenalpasti supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan juga untuk memastikan setiap ahli tahu siapa yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Disebabkan tugas ini adalah penting satu kumpulan sokongan haruslah disediakan untuk memastikan anggota terlatih sentiasa bersedia untuk menangani sebarang masalah yang timbul.
V) Pengisytiharan berakhirnya kecemasan
Siapa boleh mengisytiharkan kecemasan telah berlalu
Bagaimana pengisytiharan itu disampaikan
Kerja-kerja pembersihan
Taklimat “stress” (debriefing)


1.4 TUGAS-TUGAS SEORANG PENYELIA (CONTROLLER)
=Menilai situasi untuk menentukan sama ada prosedur kecemasan diperlukan atau tidak.
=Menyelia semua perkara didalam kawasan kejadian termasuk pemindahan, pengosongan anggota dan mengurangkan kerosakan harta benda.
=Memastikan pasukan kecemasan luar seperti bantuan perubatan dan pasukan Bomba di panggil jika diperlukan.
=Mengarahkan penutupan operasi kilang, jika perlu.


1.5 KO-ORDINATOR DENGAN ORGANISASI LAIN
Melainkan jika sistem kecemasan ada mempunyai pertalian terus dengan perkhidmatan kecemasan, pelan juga haruslah menyatakan nombor yang harus di hubungi jika perkhidmatan Pasukan Kecemasan tertentu diperlukan.

Format mesej kecemasan perlu meliputi berikut:
-Lokasi
-Jenis kecemasan
-Jumlah kecederaan (casualties)
-Pertolongan yang diperlukan
-Hazad
-Nombor telefon yang boleh dihubungi
-Nama
-Pengawal keselamatan dan Pengawal lalu lintas yang akan bertemu dengan Pasukan -Kecemasan apabila pasukan itu tiba ditempat kejadian


2)FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA SEMASA KECEMASAN
Jika kewujudkan kebakaran/kecemasan diketahui oleh pekerja, beliau harus:
=Beritahu kakitangan berhampiran tempat kejadian
=Jika perlu bunyikan alat penggera
=Gunakan alat pemadam api jika keadaan membenarkan
=Beritahu warden tingkat dan ikuti setiap arahan beliau


3) PERANCANGAN YANG PERLU
PELAN KECEMASAN
=PELAN LANTAI
-Pelan lantai yang terdapat menunjukkan lokasi anda dan juga kedudukan pintu kecemasan, alat penggera, peti pertolongan cemas, nama warden, alat pemadam kebakaran dan nama pemberi pertolongan kecemasan yang bertugas

=ISYARAT UNTUK BERKUMPUL DAN MENGOSONGKAN TEMPAT KEJADIAN (EVACUATION)
-Isyarat untuk berkumpul dan meninggalkan tempat kejadian akan diberikan dalam bentuk penggera berterusan.
-Selepas mendengar isyarat yang diberikan kakitangan dan pelawat adalah dikehendaki berkumpul di tangga kecemasan yang telah ditetapkan

=TEMPAT BERKUMPUL
-Apabila diarahkan untuk menggosongkan tempat kejadian oleh warden tingkat, keluar dari bangunan dengan menggunakan tangga kecemasan yang telah ditetapkan dan berkumpul ditempat yang telah ditetapkan.
-Berkumpul bersama warden yang membawa anda meninggalkan tempat kejadian dan tunggu sehiingga kedatangan diambil dan dilaporkan kepada ketua warden
-Jika perlu anda akan dinasihati mencari kumpulan setingkat anda dan laporkan diri kepada penyelia atau ketua anda untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal didalam tingkat yang sama
-Duduk bersama kumpulan anda sehingga dinasihatkan oleh ketua warden untuk kembali semula ke dalam bangunan.


PELAN PENGOSONGAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN (COMMUNICATION OFFICER)
=Memastikan tempat dan jenis kecemasan
=Beritahu pegawai yang berkenaan
=Berhubung dan rekodkan arahan dan maklumat di antara penyelia, warden tingkat dan penghuni
=Rekodkan perjalanan pengosongan (evacuation) dan sebarang tindakan yang diambil oleh warden


WARDEN TINGKAT ATAU WARDEN KAWASAN
=Jalankan pengosongan (evacuation) jika keadaan memaksa proses pengosongan dijalankan
=Mengimplimenkan prosedur kecemasan di tingkat masing-masing
=Berhubung dengan penyelia dengan apa jua cara sekali pun dan ikut setiap arahannya
=Perintahkan warden untuk memeriksa tingkat masing-masing untuk mengesan apa-apa yang pelik atau yang disyaki
=Beritahu penyelia secepat mungkin tentang keadaan dan tindakan yang harus diambil
Minta kerjasama sesiapa untuk menjalankan tugas warden




WARDEN
=Minimum 2 orang, iaitu seorang warden untuk setiap 20 orang
=Bertindak sebagai Warden tingkat atau Warden kawasan
=Memanggil Bomba dan Penyelamat atau mana-mana pasukan kecemasan yang bersesuaian dan berhampiran
=Mengendalikan sistem interkomunikasi
=Periksa untuk memastikan semua pintu api (fire door) dan pintu penghalang asap (smoke door) ditutup rapi
=Memeriksa semua tingkat dan mengira anggota untuk memastikan tiada sesiapa tertinggal
=Memastikan kakitangan meninggalkan tempat berbahaya dalam susunan yang teratur seperti melalui anak tangga.
=Membantu mereka yang cacat atau yang tidak berupaya berjalan untuk meninggalkan tempat kejadian
=Berfungsi sebagai ketua untuk membawa kumpulan kakitangan masing – masing ke tempat yang telah ditetapkan
=Menggunakan peralatan memadam kebakaran yang pertama seperti alat pemadam kebakaran (fire extinguisher), “hose reels” dan selimut api oleh orang yang telah dilatih


PERKARA-PERKARA BERIKUT HARUS DIBERI PERHATIAN:
=Laluan menyelamat diri.
-Laluan ini dan pintu kecemasan haruslah dikaji untuk memastikan sama ada ia sesuai digunakan semasa kecemasan

=Lif dan eskalator.
-Proses pengosongan haruslah dirancang agar ia tidak melibatkan penggunaan lif dan eskalator, tetapi lif hanya boleh digunakan untuk memindahkan individu yang cacat atau kurang upaya dengan seliaan kakitangan kecemasan yang berkuasa

=Individu yang kurang upaya.
-Senarai terkini yang mengandungi nama, tempat kerja dan apa – apa maklumat yang penting (termasuk orang-orang cacat atau kurang upaya) haruslah disediakan dan disimpan ditempat Ketua Warden yang menjalankan tugas semasa kecemasan. Semasa proses pengosongan individu yang kurang upaya hendaklah dikumpulkan di satu tempat khas. Sepanjang masa semasa proses pengosongan (evacuation) dijalankan warden hendaklah sentiasa bersama individu itu. Untuk mereka yang tidak boleh menggunakan tangga haruslah dipindahkan dengan penyeliaan Ahli Bomba dan penyelamat.

=Penggiraan bilangan ahli.
-Individu haruslah dipindahkan didalam keadaan yang teratur dan bilangan yang dipindahkan haruslah sama dengan dengan bilangan individu yang hendak dipindahkan. Pelawat dan kontraktor juga perlu diambil kira. Adalah menjadi tanggungjawab warden untuk memastikan semua orang di tingkat atau kawasan jagaan beliau dipindahkan dengan selamat. Fungsi ini adalah lebih penting daripada penggiraan bilangan individu selepas dipindahkan.

=Kawasan berkumpul.
-Didalam sesetengah situasi kadang kala proses pengosongan dijalankan di antara tingkat bangunan. Jikalau pengosongan adalah lebih sesuai dijalankan di luar bangunan, satu kawasan berkumpul yang khas harus disediakan di mana ia adalah jauh dari bangunan untuk memastikan tiada siapa tercedera akibat daripada kaca terjatuh ataupun objek-objek lain. Pergerakan individu secara ramai boleh menyebabkan beberapa masalah seperti gangguan laluan lintas, oleh itu laluan pengosongan yang terselamat haruslah difikirkan untuk meninggalkan bangunan ke tempat berkumpul yang selamat termasuk laluan alternatif untuk kenderaan kecemasan tidak terganggu.

=Pertimbangan lain.
-Pelan yang disediakan haruslah merangkumi pencapaian dan aktiviti lain yang penting seperti mengiringi orang awam dari premis berkenaan, memastikan keselamatan wang tunai dan barang-barang berharga, masa bertindak bagi setiap perkhidmatan kecemasan.

=Operator telefon.
-Peranan dan tanggungjawab operator telefon (jika perlu) haruslah dipertimbangan semasa penyediaan pelan tindakan kecemasan.

=Pengurusan tempat berkumpul.
-Di dalam keadaan tertentu adalah perlu untuk menentukan tempat berkumpul yang sesuai di beberapa kawasan di dalam bangunan untuk digunakan semasa prosedur pengosongan.

=Penghadkan pergerakan kenderaan bermotor.
-Dalam sebarang kecemasan, ruang jalan didalam kawasan kejadian hendaklah bebas melainkan kenderaan kecemasan. Laluan hendaklah sentiasa bebas untuk laluan kenderaan perkhidmatan besar. Sekurang-kurangnya dua (2) laluan masuk ke tempat kejadian hendaklah disediakan. Kenderaan yang tidak terlibat tidak dibenarkan berada di dalam kawasan kejadian, untuk memudahkan tugas ini anda hendaklah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan lalulintas.


PENGLIBATAN AGENSI-AGENSI YANG BERKAITAN
Kawasan tindakan Pasukan Perkhidmatan Kecemasan seperti Polis, Bomba Dan Penyelamat, Hospital dan Pusat-Pusat Kesihatan perlulah diperiksa untuk memastikan kelancaran proses menyelamat.


PROSEDUR-PROSEDUR YANG PERLU DI PATUHI (STRATEGI PENCEGAHAN DAN PELAN TINDAKAN)
>Prosidur:
=Komunikasi dan laporan kecemasan
=Penutupan (Shut down) dan pemindahan (evacuation) pekerja, pengiraan pekerja
=Memadam kebakaran, pertolongan cemas dan penyelamat


=Satu pelan lakar kawasan haruslah disertakan didalam pelan dengan menunjukkan sempadan, bangunan, jalan, pintu masuk, pintu keluar, pintu kecemasan dan lain-lain maklumat penting yang mungkin diperlukan.

=Individu yang bertanggungjawab untuk tindakan kecemasan spesifik dan juga tanggungjawab masing-masing perlulah disertakan.

=Pihak pentadbiran haruslah melakukan penilaian risiko (risk assesstment) untuk mengenalpasti prosedur kecemasan harus diadakan atau diujudkan untuk dijalankan oleh anggota semasa kecemasan.

=Orang perseorangan hendaklah dilantik untuk bertanggungjawab bagi tugas-tugas spesifik semasa berlaku sesuatu insiden kecemasan. Ini juga termasuk perlantikan penolong untuk mengisi kekosongan semasa cuti sakit atau cuti.

=Kemudahan dan perkhidmatan kecemasan dalaman yang disediada haruslah disenaraikan, contohnya:
-Peralatan komunikasi
-Self-contained breathing apparatus (SCBA) dan Personal Protection Equipment (PPE)
-Peralatan memadam api/pasukan Bomba
-Pegawai Pertolongan Cemas (First Aiders) yang terlatih/kawasan untuk mangsa
-Pasukan penyelamatan

=Adalah penting setiap kemudahan dan perkhidmatan kecemasan diselenggara dan diuji selalu. Latihan (drill) yang intensif haruslah dilakukan dan diadakan sepanjang tahun.

=Pelan itu haruslah mengandungi elemen seperti berikut:
-Jenis kecemasan
-Prosidur laluan kecemasan dan laluan kecemasan
-Prosedur yang harus diikuti oleh kakitangan yang bertanggungjawab untuk penutupan operasi kilang yang kritikal sebelum kilang itu dikosongkan.
-Prosidur untuk memastikan bilangan pekerja dikira selepas prosidur pemindahan telah dijalankan
-Individu yang bertanggungjawab untuk menjalankan prosidur menyelamat dan perubatan
-Cara yang sesuai untuk melaporkan kebakaran dan hal kecemasan lain
-Prosidur memadam api dan prosidur menangani tumpahan bahan kimia
-Nama dan jawatan individu atau jabatan yang bertanggungjawab semasa kecemasan untuk mudah dihubungi jika sebarang maklumat tambahan atau sebarang penerangan diperlukan mengenai pelan ini.

=Bagi pelan pengosongan kecemasan, pelan lantai atau peta tempat kerja yang menunjukkan pintu kecemasan, tempat berlindung dan laluan haruslah disertakan. Semua kakitangan haruslah diberitahu tentang tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan.




PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN LATIHAN
=Latihan dan informasi atau maklumat
=Mengkaji semula pelan
=Cara yang paling bagus untuk menilai pelan kecemasan ialah dengan melantik beberapa orang pemerhati untuk menilai dan merekod keadaan sebenar semasa di adakan satu latihan kecemasan. ‘Simulated emergencies’ adalah satu latihan yang bagus.
=Semua kakitangan dikehendaki menjalani latihan semasa kursus induksi dan juga semasa senaman. Maklumat mengenai prosidur keselamatan haruslah ditampal di papan notis



TOPIK 10: HAZAD MELIBATKAN MESIN ‘HOISTING & LIFTING’ (2 JAM)

JENIS-JENIS MESIN ‘HOISTING & LIFTING’
=Cranes
=Lifts

PENGENDALIAN MESIN
=Crane:
-Radius indicator/load indicator
-Controls
-Overtravel switches
-Safe access
-Operation position, passengers & lifting tackle

=Lift:
-Landing and lift car door
-Loading limit
-Controls

TINDAKAN YANG TIDAK SELAMAT DIDALAM PENGENDALIAN MESIN
=Crane:
-Overturning
-Overloading
-Collision
-Failure of support
-Operation errors
-Loss of load

=Lift:
-Falling down the hoistway from a landing due to a failure of the landing doors
-Falling down the hoistway with the lift car if the suspension gears fail.

KAEDAH PEMBENDUNGAN HAZAD
=Crane:
-Pengenalpastian dan pemeriksaan
-Penyelenggaraan
-Langkah-langkah keselamatan
-Kawasan operasi
-Latihan operator

=Lift:
-Landing and lift car door interlocks
-Safety gear on each lift car
-Speed governor

PERUNTUKAN PERUNDANGAN YANG BERKAITAN
=Akta Kilang dan Jentera 1967
=Peraturan yang berkaitan.



TOPIK 11:MENGENALPASTI HAZAD (2 JAM)

JENIS-JENIS HAZAD
=Agen dan Hazad
- Bakteria, virus, kulat, parasit - Hazad biologikal
- Bahan kimia, gas, wasap,aerosol - Hazad kimia
- Sinaran (radiation), bunyi bising - Hazad fizikal
- Peralatana tidak selamat - Hazad mekanikal
- Stres, tekanan, perhubungan individu - Hazad psikososial

CONTOH-CONTOH HAZAD
- Jatuh dari paras yang tinggi
- Objek/bahan jatuh dari paras tinggi
- Jatuh pada paras yang sama
- Manual handling
- Mengguna mesin-mesin
- Mengendali kenderaan
- Kebakaran
- Kejutan letrik
- Lemas
- Kerja-kerja menggali

PROSES MENGENALPASTI HAZAD
- kajian semula pengklasan tugas
- matlumat toksikologi
- melawat dan memerhati
- menjalankan pensampelan persekitaran

>KAJIAN SEMULA PENGKELASAN TUGAS
- mengkaji proses kerja (lihat lampiran)
- mengkaji semula tugas (analisis tugas) – (lihat lampiran)

>MATLUMAT TOKSIKOLOGI
- Boleh diperolehi daripada pembekal, daripada bahan rujukan dan terbitan teknikal atau daripada ‘Materials Safety and Data Sheet’ (MSDS)

> MELAWAT DAN MEMERHATI
=Menjalankan pemeriksaan dengan:
- pemeriksaan keselamatan berjadual
- pensampelan keselamatan
- lawatan keselamatan
- pemerhatian keselamatan

> PENSAMPELAN PERSEKITARAN
=Ditempat kerja dengan menggunakan peralatan untuk mengukur tahap pencemaran spt. gas, zarahan, haba

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN
=Memberi tumpuan kepada bidang-bidang bermasalah dan digunakan untuk mengenalpasti dan memberi cadangan bagi memperbaiki keadaan saperti berikut:
- Tempat laluan, penghalang dan pintu kecemasan
- Kekemasan dan Pengestoran
- Pembuangan sisa
- Pengelakkan daripada objek merbahaya
- Pelindung mesin
- Keselamatan Letrik
- Penggantian Udara
- Pencahayaan
- Bunyi
- Bahan-bahan merbahaya dan penggendaliannya

‘RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA’ (CSDS)
=Digunakan sebagai alat penting untuk mengenalpasti hazad kimia dimana matlumat toksikologi dan lain yang berguna boleh diperolehi saperti berikut :
- Identiti bahan kimia
- Nama umum dan kimia
- Ciri-ciri fizikal dan kimia
- Hazad-hazad
- Cara memasuki
- Tahap pendedahan
- Status karsinogenik
- Langkah penjagaan/pengendalian
- Prosidur kecemasan
- Tarikh dibuat dan butir-butir mengenai pembuat

=Menerangkan peruntukan undang berkaitan CSDS

PROSES KERJA
=merupakan satu carta aliran yang dapat menentukan setiap langkah proses kerja daripada mula hinggalah ke akhir pengeluaran sesuatu produk
=perlu menunjukkan perubahan yang berlaku ke atas bahan mentah
=menunjukkan bagaimana ianya diguna dan perubahan
=menunjukkan jenis-jenis peralatan yang terlibat
=mengenalpasti hasil sampingan daripada mana-mana satu langkah






TOPIK 12: PERALATAN TANGAN DAN PERALATAN BERKUASA MUDAH ALIH (2 JAM)

JENIS-JENIS PERALATAN TANGAN DAN PERALATAN BERKUASA MUDAH ALIH
=Termasuk peralatan yang digunakan secara ‘manual’ dan ‘kuasa letrik’:
-adjustable spanners
-wrenches
-hammers
-drills
-saws
-grinders

4 KUMPULAN PERALATAN BERKUASA MUDAH ALIH
i) Peralatan letrik
- gerudi letrik (electrik drills)- gerudi letrik bulat (electrik circular saws)- roda menggosok (abrasive wheels)- berus menggaris (scratch brushers)- ‘sanders’- besi mengimpal (soldering irons)Kompenen:- alat penebat dua lapis (double insulated tools)- Tali Letrik (electric tools)- Tali penyambung (extension cords)

ii) Peralatan Numat (Pneumatic Tools)
- Hos udara (air hose)
- pengisar berkuasa udara (air power grinders)
- alat impak numat (pneumatic impact or percussion tools)- senapang ribet (riveting gun)- ‘jackhammers’- ‘air operated nailers and staplers’

iii) Peralatan Jenis Pembakaran Dalam (Internal Combustion Tools)
- alat kuasa gasoline (gasoline power tools)
- gergaji berantai (chain saw)
- mesin potong rumput

iv) Peralatan Pengikat Jenis Dorongan Serbuk (Powder-actuated Fastening tools)
- mengikat pepasangan (fastening fixtures)
- Logam - Konkrit- Bata- Batu
- Permukaan Kayu
- Mengikat ribet
- Menebuk lubang

AMALAN KERJA YANG SELAMAT
i) latihan kepada pekerja
ii) peralatan pelindungan keselamatan
iii) pemilihan peralatan yang sesuai
iv) penggunaan cara betul dan selamat

KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN BAGI PERALATAN
i) pemeriksaan sebelum menggunakannya
ii) menyediakan penyelenggaraan yang dirancang
iii) tidak menggunakan peralatan yang rosak
iv) menggantikan peralatan yang telah rosak
v) menyimpan ditempat yang sesuai

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN
i) tidak membawa pisau atau peralatan tajam dalam kocek
ii) bahagian memotong dan tajam hendaklah diletakkan menghala kebawah
iii) menyimpan peralatan didalam kotak apabila menjalankan kerja pada paras yang tinggi
iv) menggunakan peralatan yang ditebat (insulated) apabila melakukan kerja pada atau dekat peralatan letrik
v) bekerja ditempat mudah bakar atau meletup – gunakan peralatan ‘non-ferrous’
vi) Baca manual untuk cara mengguna
vii)mempunyai kemahiran didalam menggunakannya.


TOPIK 13: HAZAD MELIBATKAN PEMOTONGAN DAN KIMPALAN (2 JAM)

PROSES DAN JENIS-JENIS KIMPALAN DAN PEMOTONGAN
- Melibatkan proses dimana dua keping logam dicantumkan bersama. Proses kimpalan biasanya menggunakan suhu yang tinggi untuk mencantum kepingan logam ini.
-Terdapat dua jenis pencantuman iaitu:
i) pencantuman secara menerus
ii) pencantuman menggunakan penampal (filler)

TERMINOLOGI KIMPALAN
i)Brazing:
Pencantuman satu logam asas dengan logam penampal (takat lebuh > 800F) dimana pemanasan keatas kedua-dua logam pada takat dimana cuma logam penampal akan lebur tetapi logam asas tidak. Pelindung cantuman (shielding of joints) disediakan oleh sejenis bahan ‘flux’.

ii)Soldering:
Berbeza dengan ‘brazing’ dimana logam penampal mempunyai takat lebuh kurang daripada 800F. ‘Flux’ - digunakan untuk melindung cantuman.

JENIS-JENIS PENCANTUMAN / KIMPALAN / PEMOTONGAN

I)ARC WELDING:
=haba daripada ‘electric arc’ digunakan untuk mencantum sesuatu logam asas dengan bahan logam yang sama.
=‘Electric arc’ dijanakan diantara permukaan yang hendak dikimpal dengan elektrod. =Haba yang dihasilkan akan menyediakan keadaan untuk pencantuman dengan menyebabkan elektrod lebuh dan digunakan.
=Elektrod yang lebuh itu akan menjadi bahan penampal untuk pencantuman.
=‘Electric arc’ biasanya dilindungi (shielded) dengan ‘flux’ atau agas dari pencemaran bagi mengelakkan daripada berlakunya pengoksidan dan juga menjaga supaya cantuman itu tidak menjadi rapuh.

II)SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW):
=juga disebut sebagai ‘stick rod’ stick or coated electrode welding’.
=SMAW menyumbang kepada lebih kurang 55% daripada keseluruhan operasi kimpalan dan pemotongan.
=Ianya melibatkan penjanaan ‘electric arc’ diantara permukaan logam dan logam elektrod yang disaluti.
=Bahan penampal untuk mengimpal dihasilkan apabila logam elektrod bersama bahan yang disaluti itu lebuh.
=Pelindungan (shielding) kepada cantuman itu berlaku apabila bahan yang disaluti (flux) itu melalui proses dikomposisi.

III)GAS METAL ARC WELDING (GMAW):
=Juga disebut sebagai ‘short arc, MIG (Metal Inert Gas) dan CO welding’.
=GMAW menyumbang kepada lebih kurang 15% daripada keseluruhan operasi kimpalan dan pemotongan.
=Ianya melibatkan pemanasan dengan ‘electric arc’ yang dilindungi (shielded) oleh gas atau sebatian gas.
=Sama sapertimana SMAW, elektrod akan lebuh oleh haba panas daripada ‘arc’ dan ditimbun sebagai bahan penampal.

IV)GAS TUNGSTEN ARC WELDING:
=Juga disebut sebagai ‘Heli-arc and TIG (Tungsten Inert Gas) welding.
=GTAW menyumbang kepada lebih kurang 10% daripada proses kimpalan dan pemotongan.
=Hampir serupa dengan GMAW tetapi berbeza dimana elektrodnya tidak lebuh dalam proses dan gas ‘inert’ selalu digunakan sebagai pelindung.
=Bahan penampal disediakan secara berasingan dalam bentuk ‘welding rod’.
=Elektrod dalam proses ini hanya sebagai pembawa bagi pengaliran current.

V)FLUX CORED ARC WELDING (FCAW):
=menggunakan sejenis elektrod yang merupai SMAW dan GMAW.
=Elektrod ini membekalkan bahan penampal kepada bahagian untuk dicantum (weld joint).
=Bahan pelindung adalah daripada flux yang terdapat dalam elektrod.
=Pelindung tambahan boleh disediakan dengan mengguna gas atau campuran gas.

VI) SUBMERGED ARC WELDING (SAW):
=Juga disebut sebagai ‘automatic welding’.
=Cara ini menggunakan elektrod logam tanpa campuran dimana ianya di benami (submerged) ke dalam flux berbentuk bijian (granular).
=Pada bahagian hujung elektrod dan bahagian pencantum itu dikelilingi dengan cecair flux yang tidak digunakan.
=Oleh itu tidak terdapat apa-apa kesan visual pengaliran current di antara elektrod dengan logam asas.
=Proses ini dapat menghapuskan cetusan api (spark) dan asap di mana terdapat pada kebanyakan proses kimpalan.
=Ia nya juga mengurangkan tetapi tidak menghapuskan pengeluaran wasap..

VII) OXY-FUEL GAS WELDING (OFW):
=Pencantuman berlaku melalui penjanaan haba dengan api daripada pembakaran bahanapi gas oksigen.
=Logam penampal (filler metal) mungkin atau tidak digunakan.




JENIS-JENIS PEMOTONGAN

i) Arc Cutting:
=Proses berlawanan dengan kimpalan. Haba yang dijanakan oleh ‘arc’ di antara elektrod dan logam asas itu digunakan bukan untuk mengimpal tetapi di sebaliknya untuk memotong sebahagian logam.

ii)Plasma Arc Cutting:
=Haba daripada ‘arc’ digunakan untuk memotong logam dengan melebuhnya disuatu tempat khusus dan menggunakan pancutan gas mengion berkelajuan tinggi untuk mengalihkan (remove) logam lebuh tersebut.

iii)Air-Carbon Arc Cutting (AAC):
=Satu aliran udara di gunakan untuk membantu di dalam pemotongan logam yang dilebuhkan oleh haba daripada ‘arc’

iv)Arc Gouging:
=Menggunakan teknik ukiran (gouging) dimana satu lekuk panjang (groove) dibuat pada permukaan logam. Proses ini mengeluarkan banyak wasap dan juga bising yang kuat.

v)Oxy-Fuel Gas Cutting (OFC):
=Logam dipotong melalui tindak balas di antara oksigen dengan logam asas. Ini memerlukan suhu yang amat tinggi yang dihasilkan melalui pembakaran bahanapi campuran asitelena dan oksigen.


JENIS-JENIS HAZAD
= Wasap kimpalan termasuk logam daripada bahan-bahan yang dikimpal dan daripada elektrod, oksid logam daripada pengoksidan logam-logam, dan fluorida daripada penguraian ‘flux’ yang terkandung di dalam elektrod.
=Logam-logam toksid yang dikeluarkan saperti plumbum, kadmium, kromium, dan nikel. =Sebatian lain yang dikeluarkan ialah silikon dioksida, kalsium, natrium potassium oksida, dan karbonat.
=Gas-gas yang terhasil daripada proses kimpalan saperti ozon, nitrogen oksida dan karbon monoksida


TOPIK 14:PROSIDUR-PROSIDUR PENGUNCIAN (LOCK OUT, TAG OUT) (2 JAM)

MESIN / JENTERA
=Jentera adalah sesuatu peralatan untuk membekalkan kuasa, mempunyai bahagian tetap dan bergerak, setiap satu dengan fungsi tertentu (Kod ”BS 5304:1975”).

=Bahagian Jentera Tidak Beroperasi - Juga dikenali sebagai bahagian tidak berfungsi.
-Bahagian ini Cuma menyalurkan kuasa atau pergerakan kepada bahagian beroperasi (cth.: pacuan kepada motor)

=Bahagian Jentera Beroperasi
-Bahagian nberoperasi ini melaksanakan fungsi output (cth.: mata penggerudi)
Bahagian beroperasi ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, ia itu:

=Penggerak utama (Prime Movers)
-Enjin, motor atau lain peralatan yang membekalkan tenaga mekanikal yang dihasilkan daripada stim, air, angin, elektrik, pembakaran bahan api atau sumber lain (FMA, 1967).
(means every engine, motor or other appliance which provides mechanical energy derived from air, steam, water, wind, electricity, and the combustion of fuel, or other source)

=Pengerak sekunder (Secondary Movers)
-Didefinisikan sebagai Jentera Penghantaran (Transmission Machinery) dalam FMA, 1967, bermaksud setiap aci, roda, takal, gandingan, cekam, tali pemacu atau peranti lain yang mana pergerakan penggerak utama dipindahkan atau diterima oleh mana-mana jentera atau perkakas.
(Transmission Machinery means every shaft,. Wheel, drum, pulley, system of fast and loose pulleys, coupling, clutch, driving belt or other source by which the motion of a prime mover or other source of mechanical power is transmitted to or received by any machine or appliance)

HAZAD YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN MESIN / JENTERA BERAT ADALAH:
=pengendali (operator) terkena permukaan tajam
=tersangkut pada bahagian mesin yang bergerak
=tangan pengendali tersepit di antara objek yang bergerak
=terkena bahagian mesin yang melenting
=bahagian mesin yang berpotensi untuk mengeluarkan tenaga

CONTOH JENIS-JENIS KECEDERAAN YANG BERPUNCA DARIPADA PENGENDALIAN MESIN / JENTERA ADALAH:

=terluka / terkoyak
=tercucuk
=terpotong / terputus
=tersepit
=remuk
=patah
=tergeliat

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DITITIKBERATKAN APABILA MENJALANKAN PENILAIAN RISIKO TERHADAP MESIN / JENTERA:

=jenis mesin / jentera dan kegunaannya (jangan salah gunakan mesin / jentera dari segi kegunaannya)
=keperluan dan kekerapan untuk menghampirinya
=senang masuk / capai – ruang untuk penyeliaan, pemeriksaan, dan kerja-kerja penyelenggarannya
=kualiti penyeliaan ke atas tingkahlaku pengendali
=pengetahuan, sikap, dan amalan seseorang yang bekerja atau berdiri di kawasan mesin / jentera
=kesedaran individu terhadap bahaya mesin / jentera dan kemahirannya untuk mengelakkan risiko

JENIS-JENIS PENGHADANG
=penghadang berpanca (inter-locking guard)
=penghadang automatik (automatic guard)
=penghadang dua tangan (two-hand control)
=penghadang kekal (permanent guard)


PEMILIHAN JENIS PENGHADANG YANG HENDAK DIGUNAKAN UNTUK SESUATU MESIN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PERKARA BERIKUT:
=hazad yang sedia ada
=kekerapan penyelenggaran
=keperluan ekses ke tempat bahaya



TOPIK 15 : PERALATAN KESELAMATAN DIRI (P.P.E) ( 2 JAM )

PERALATAN KESELAMATAN DIRI (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT – P.P.E.)

MATLUMAT AM
=Peralatan peranti atau juga dikenali sebagai alat perlindungan diri (PPE) direkabentuk untuk melindungi seseorang apabila kawalan menerusi kejuruteraaan (spt. penghadang mesin) atau kawalan pentadbiran (spt. shif kerja) adalah tidak mencukupi untuk melindungi seseorang pekerja.
=Untuk memastikan PPE dapat melindungi seseorang ia mestilah:
-dipakai dengan sempurna (ini memerlukan latihan)
-sentiasa dipakai apabila terdedah kepada hazad
-dicuci dengan sempurna (dengan sabun dan air, dll.)
-diselenggarakan dengan sempurna
-disimpan ditempat yang sempurna


JENIS-JENIS SERTA CONTOH PPE
=Perlindungan Mata dan Muka
- cermin mata
- goggles
- perlindung muka (face shield)

=Kepala dan Pendengaran - Telinga
- penyubat telinga (ear plug)
- penutup telinga (ear muff)
- topi keras (hard hat)

=Penafasan
- air purifying respirator:
i) tanpa penyelenggaraan (maintenance – free)
ii) boleh diganti / kurang penyelenggaraan
(low-maintenance / replaceable)
- air-supplied respirator

=Perlindungan Badan
- apron
- acid suit
- body suit

=Perlindungan Tangan
- sarong tangan jenis kulit (leather gloves)
- sarong tangan tahan kimia (chemical resistant gloves)
- perlindungan jari (finger cots)

=Perlindungan Kaki
- kasut ‘steel toed’
- bot getah
- penghadang ‘metatarsal’


=Perlindungan dari jatuh (Fall Protection)
- full body harness
- lanyard/lifeline


PERLINDUNGAN MATA & MUKA
=Diperlukan untuk mengelakkan dari kecederaan mata atau muka
>Cermin mata keselamatan (Safety Glasses):
- pakai cermin mata sendiri (tidak boleh kongsi)
- periksa reka cermin mata – retak, sumbing, dll.
- pastikan kanta bersih dan tanpa calar
=cuci dengan air sabun suam dan bersihkan dengan kain lembut
NOTA: Kertas yang dirawat dengan kimia boleh mencalarkan kanta plastik
=simpan cermin mata di dalam kotak atau bekas khas

>Goggles Percikan Kimia (Chemical Splash Goggles)
- pakai goggles sendiri (tidak boleh kongsi)
- cuci selepas setiap kali dipakai (sekurang-kurangnya seminggu sekali) & simpan di tempat yang bersih dan kering
- gantikan kanta yang telah dicalar
- periksa tali pengikat untuk retakkan, dll. – tukar jika was-was

>Perlindung Muka (Face Shields)
- simpan dalam keadaan bersih
- cuci dengan air sabun setiap kali hendak digunakan
- memeriksa dan menggantikan bahagian-bahagian yang didapati rosak atau ganti baru
- simpan di tempat yang bersih dan kering

NOTA: PPE yang dikongsi hendaklah di disinfeksi sebelum digunakan & Cuci dengan menggunakan larutan klorine 1% dengan air


PERLINDUNGAN KEPALA DAN PENDENGARAN
>Perlindungan Kepala
- melindungan pemakai dari objek yang jatuh dan hentak di kepala dan juga dari percikan atau titisan kimia
=Topi Keras/Topi Keselamatan (Hard hats/Safety Helmets)
-simpan dalam keadaan bersih dan sentiasa boleh digunakan (serviceable)
- disinfeksi di antara pengguna
-periksa cekak rambut (head band) dan penyokongnya sebelum diguna
- ganti baru cekak rambut (head band) atau penyokongnya jika was-was
-simpan di tempat yang bersih dan kering

PERLINDUNGAN PENDENGARAN
-diperlu di kawasan bunyi bising yang melebihi 85 dB(A)
=Penutup Telinga (Ear Muffs)
-pengguna hendaklah membersih dan menyelenggarakan
-periksa, cuci dan simpan didalam plastik yang bersih atau bag ‘ziplock’
-simpan di luar tempat kerja
- Sekiranya pasangan penutup telinga digunakan lebih daripada satu orang ia hendaklah didisinfeksi sebelum digunakan oleh orang lain

=Penyubat Telinga (Ear Plug)
- satu pengguna sahaja -- JANGAN KONGSI
- cuci setiap hari selepas dipakai
- tukarkan sekiranya rosak

PERLINDUNGAN PENAFASAN
=Latihan Cara Menggunakan Dan Penyelenggarannya
-Kenali dan ketahuilah ‘respirator’
-Cara bagaimana memakai ‘respirator’
-Bagaimana menjalankan ‘fit-check’
-Bagaimana menjalankan ‘fit-test’
-Bilakah perlu menukarkan penapis/’respirator’
=Bergantung kepada:
- higen
- kerosakan
-susah bernafas

=Bilakah hendak menukarkan ‘cartridges”
Kualitatif : apabila anda membau kimia semasa memakai ‘respirator’
=Respirators :
> Self Contained Breathing Apparatus (SCBA)
> Airline Respirator
> Cartridge Respirator
*Semua ‘respirators’ di atas hendaklah:
1. Diperiksa, dibersihkan dan didisinfeksikan selepas digunakan
2. Disimpan didalam plastik bersih/bag ‘ziplock’

> topeng debu (Dust Mask)
* guna seorang sahaja (tuliskan nama)
* simpan didalam bag plastik yang bersih
* periksa dan tukarkan sekiranya diarahkan

NOTA: Hanya pekerja yang dilatih dan disahkan sahaja boleh menggunakan mana-mana ‘respirator’. JUMPA PENYELIA ANDA DAHULU.

PERLINDUNGAN BADAN
=Apron Tahan Kimia
-Tandakan bahagian “HADAPAN” (pakai bahagian ini di luar setiap kali diguna)
- Cuci selepas setiap kali diguna
- Simpan di tempat yang bersih dan kering
- Dikeluarkan (issue) bagi setiap pekerja

=Sut Asid (Acid Suit)/Sut ‘Tyvek Body’ (Tyvek Body Suit)
- Periksa dan ganti baru mana-mana sut yang koyak atau rosak
- Sekiranya sut rosak semasa pakai, cuci/mandi dan tukarkan sut baru
- Cuci selepas diguna, atau tanggal dan buang (sekiranya direkabentuk hanya sekali diguna)
- Simpan sut baru ditempat yang bersih dan kering

PERLINDUNGAN TANGAN
=Sarung Tangan (Gloves)
- Mungkin tahan bahan kimia atau tidak tahan bahan kimia
- Sarung tangan yang tidak tahan bahan kimia boleh digunakan untuk melindungi daripada tergesel atau terpotong
=Sarung tangan tahan bahan kimia
- periksa untuk kebocoran (meniup dan menangkap tempat meniup)
- tukar baru sekiranya rosak
- sarung tangan jenis pendek adalah digunakan seorang sahaja dan tulis nama pemunya
- pakai sepasang ‘disposable gloves’ didalam sepasang sarung tangan jenis panjang

*Bilas dan cuci sarung tangan jenis panjang setiap kali selepas digunakan

PERLINDUNGAN KAKI
=Kasut/Boot Keselamatan
- Periksa untuk lubang, retak, tapak atau tumit yang telah haus (worn out)
* Ganti baru kasut yang telah rosak atau haus
- Bersih dan rawat kulit atas dengan perawat kulit

=Boot Getah
- Setiap pengguna harus ada boot getah sendiri
*sekiranya berkongsi, boot getah hendaklah didisinfeksi setiap kali diguna
- Periksa untuk kebocoran sebelum dipakai
- Jaga kebersihan
- Simpan di tempat yang bersih dan kering


PERLINDUNGAN DARI JATUH
=Talipinggang Keselamatan (Safety belt)
=Full Body Harness
- Ikut syor-syor pengilang untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan
=Talipinggang Keselamatan atau Full-Body Harness
- Periksa talipinggang atau webing (webbing) untuk kerosakan pada serat (fibres) yang rosak, terpotong, dirosakkan kimia atau berbulu (fraying)
- Periksa ‘D-rings and buckles for distortions or cracks’
- Periksa ‘belt tongue” untuk kelonggaran/herot/kerosakan grommets atau lubang ditebuk
- Periksa ‘friction buckle’ untuk herot dibahagian luar dan ‘center bars’
=Lanyard/Lifeline
- Periksa webing atau tali yang terpotong, putus, tukar warna atau tanda-tanda kerosakkan oleh kimia atau haba
- Periksa cangkok dan matanya untuk herot, retak, permukaan hakis atau berlubang-lubang
- Periksa penyelak cangkok untuk kerosakan dan juga operasi yang sempurna

TOPIK 16: PENILAIAN RISIKO DAN KAWALAN ( 2 JAM )

‘What is risk’ ?
- is the chance or probability (big or small) of harm actually being done. (It can also be expressed as a frequency – the number of events in unit time).

Danger
- is the relative exposure to a hazad. A hazard may be present but there may be little danger because of the control precautions taken.

PROSES PENILAIAN RISIKO
=Kumpulkan matlumat mengenai setiap hazad yang telah dikenalpasti.
=Fikirkan bilangan orang yang terdedah kepada setiap hazad dan untuk berapa lama. =Gunakan matlumat ini untuk menilai kemungkinan dan akibat bagi setiap hazad dan sediakan satu jadual kualitatif risiko (risk qualitative table)
=Bagaimanakah kemungkinan untuk berlakunya sesuatu peristiwa hazad atau situasi?
- Besar kemungkinan =boleh berlaku dengan kerap
- Mungkin =boleh berlaku kerap kali
- Tidak mungkin =boleh berlaku, hanya jarang kali
- Kemungkin besar tidak =boleh berlaku, tetapi mungkin mustahil

= Apakah akibatnya daripada kemungkinan sesuatu peristiwa hazad atau situasi ?
- Kematian
- Kecederaan parah ( kekal dan tidak dapat dipulihkan)
- Kecederaan ringan (boleh dipulihkan)
- Kecederaan kecil (first aid)

PENILAIAN RISIKO KUANTITATIF
=Analisis kuantitatif menggunakan nilai angka (numerical values) jika di bandingkan dengan analisis kualitatif yang menggunakan skala deskriptif bagi kedua-dua kemungkinan dan akibat dengan menggunakan data daripada berbagai-bagai punca. =Aplikasi kaedah kuantitatif biasanya terhad kepada komponen sensitif sesuatu pemasangan besar hazad (major hazard installation)

KAWALAN RISIKO – HIRARKI KAWALAN RISIKO ADALAH SAPERTI BERIKUT:
- Pembasmian
- Penggantian
- Pengasingan
- Kawalan Kejuruteraan
- Kawalan Pentadbiran
- Penggunaan peralatan perlindungan keselamatan



PEMBASMIAN:
=contohnya
- Menggunakan bahan tidak mudah bakar dan bukan mudah bakar untuk membasmi hazad kebakaran
- Menanggalkan sudut-sudut yang tajam daripada loji dan peralatan
- Tidak menjalankan kerja secara manual dengan menggunakan peralatan mekanikal untuk mengangkat

PENGGANTIAN:
- Menggantikan bahan toksik yang dibekalkan dalam bentuk yang kurang berhazad (Gantikan cecair kepada serbuk)
- Menggunakan bahan toksik yang dibekalkan pada kepekatan rendah tetapi masih memberi kesan yang efektif.
- Menggantikan proses menyembur dengan proses mencelup untuk mengurangkan pencemaran udara

PENGASINGAN:
- Menanda kawasan hazad, memasang skrin atau penghalang

KAWALAN KEJURUTERAAN
=Enclosure
- Kawalan bunyi bising
=Perangkap (Containment)
- Local Exhaust Ventilation
- Pengestoran bahan kimia

KAWALAN PENTADBIRAN:
-Memperkenalkan amalan kerja - contoh mengurangkan masa pendedahan kepada hazad tertentu
- Sistem kerja secara bergilir-gilir
- Prosidur penyelenggaraan secara berterusan


PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
- Penggunaannya hanya dipertimbangkan dimana kawalan lain tidak praktikal atau meningkatkan perlindungan.
- Digunakan sebagai langkah terakhir
- Digunakan dalam keadaan kecemasan, hazad yang tidak diketahui







TOPIK 17 : ERGONOMIK ‘MANUAL MATERIALS HANDLING’ (2 JAM)

PENGENDALIAN MANUAL
(Manual Material Handling)

DEFINISI
=Pengendalian manual bermaksud apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga seseorang untuk mengangkat, meletak, menolak, menarik, membawa atau mengalih, memegang atau menahan seseorang, binatang atau barang.

=Boleh dibahagikan 4 jenis :
>angkat, bawa atau letak ke bawah - (contoh: angkat sebaldi air)
>tolak, tarik, baling atau tahan- (contoh: tolak troley, tahan binatang yang mengelut)
>apa-apa aktiviti yg. melibatkan bongkok, pusing, postur kekok-(contoh: bongkok ke bawah untuk mengangkat barang, baca meter yang tinggi)
>pergerakkan berulang-ulang (repetitive)- (contoh: melekat label, menaip)

FAKTOR-FAKTOR RISIKO DALAM PENGENDALIAN MANUAL
=berat objek dan tenaga diperlukan
=pergerakkan yang tidak diduga secara tiba-tiba
=pergerakkan sumbang (jarring movement)
=pergerakkan yang pelik spt. memusing, membongkok, luar jangkauan semasa mengangkat barang
= postur static:
=pegang objek disesuatu posisi dgn. lama
=berapa lama & kerap tugasan itu dilakukan (repetitive movement)
=faktor-faktor persendirian spt. umur, ukuran fizikal, kecacatan pekerja berkenaan.

FAKTOR-FAKTOR BERPENGARUH
=Pembahagian kerja – satu pekerja sahaja
=Saiz & bentuk objek yang dikendalikan
=Suasana & rekabentuk persekitaran tempat kerja

MASALAH JIKA TIDAK MENGANGKAT DENGAN CARA YANG BETUL

=Otot atau sendi boleh tergeliat atau terseliuh kerana mengangkat beban yang berlebihan
=Tulang anggota boleh retak/patah apabila objek yang dibawa terjatuh ke atas kaki, dll.
=Pengendalian permukaan yang tajam atau kasar boleh menikan atau melelaskan (abrasion) kulit.
=Mengangkat beban lebih dari keupayaan diri boleh menyebabkan kesakitan pada dinding perut - HERNIAS
=Beban berlebihan juga boleh mengakibatkan kesakitan pada tulang belakang



LATIHAN DALAM PENGENDALIAN MANUAL PERLU DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG SUPAYA DAPAT MEMASTIKAN:
=Kefahaman tentang sebab-sebab untuk melaksanakan kerja itu dengan risiko yang terendah
=Mengenalpasti risiko dan membuat keputusan yang terbaik
=Tahu cara yg. terbaik untuk melaksanakan kerja itu
=Kerja itu boleh dilaksanakan dengan cara yang terbaik


PRINSIP-PRINSIP PENGENDALIAN MANUAL
=Cara untuk mengelakan kecederaan:
-Kenalpastikan barang
-Pastikan tempat letak
-Buat keputusan bagaimana hendak mengendalikannya
-Buat keputusan bagaimanan hendak mengendalikannya
iiibantuan orang lain/mekanikal

TEKNIK PENGENDALIAN
-melibatkan perseimbangan badan yg. sesuai
-elak memusing, membongkok atau jangkauan berlebihan
-perlu – angkat secara efisien & mengikut irama
-bongkokkan lutut BUKAN tulang belakang

TANGKAPAN
-tangkap dengan kuat dan selesa
-gunakan seluruh tangan BUKAN jari sahaja

PUSAT GRAVITI
-pusat graviti dekat dengan badan untuk mengelakkan tekanan kepada tulang belakang
-gunakan otot-otot tangan yang kuat
-angkat secara pelahan, licin dan tidak bersentak

BANTUAN ORANG LAIN
-kongsi beban – saiz badan dan ketinggian agak sama
-pilih salah seorang jadi ketua

PERKARA-PERKARA PENTING
-bantuan (manusia/mesin) hendaklah digunakan, jika perlu
-adakan ruang yang cukup untuk postur yang betul dan pergerakkan
-semasa mangangkat barang pastikan laluan tiada sebarang halangan
-ketinggina susunan barang pada mula hingga ke akhir
+di antara pertengahan paha hingga paras bahu
+sebaiknya paras pinggang
-pusat graviti
-berdekatan dengan badan
* 10 kg. diangkat sejauh 50 sm. dpd. dadan adalah sama dengan mengangkat 50 kg. dekat dengan badan
-Tulang belakang tidak memusing atau membongkok ke tepi
-Elakkan angkat dengan sebelah tangan sahaja
-Jika perlu bekerja masa lama atau kerap – adakan waktu rehat

KAEDAH PENGENDALIAN SECARA MANUAL
=Memeriksa bahan untuk serpihan, tepi yang bercerancang (jagged), bunyi, permukaan kasar atau licin.
=Menangkap objek dengan kuat.
=Elakkan jari daripada tempat yang mencubit/menyepit terutama semasa meletakkan objek.
=Semasa mengendalikan kayu, paip atau objek panjang jauhkan tangan daripada penghujung untuk mengelakkan dari tersepit.
=Lap/bersihkan tangan dari gris, basah, licin atau objek yang kotor sebelum mengendalikan.
=Elakkan tangan dari minyak dan gris.


CARA-CARA MENGELAKKAN KESAKITAN, KECEDERAAN
=Rancang kerja
- laluan bebas dari halangan (trip & slip hazard)
-kenalpasti tempat di mana objek hendak dialihkan
-rancang atau tentukan tempat-tempat berehat sementara, jika tempat yang hendak dialihkan itu jauh

=Periksa objek
-periksa/kenalpasti berat objek
-permukaan objek
-samada objek berkenaan stabil
-tentukan cara memegang objek

=Tangkapan yang baik
-elakkan tangan & kaki tersepit
-pegang objek kuat-kuat
-jika pakai sarung tangan pastikan sarong tangan dipakai dengan betul


=Pakai kasut keselamatan
-untuk melindungi jari-jari kaki dari hentaman objek yang jatuh
-tapak kasut tidak licin

=Gunakan bantuan mekanikal
-sekiranya tidak boleh mengangkat seorang diri, gunakan bantuan mekanikal atau orang lain

SEMASA MEMBAWA OBJEK:
=Membawa objek berdekatan dengan badan
=Jangan tukarkan posisi pegangan tangan melainkan objek berkenaan ada tempat rehat sementara
=Elakkan berpusing badan semasa membawa objek. Sekiranya perlu, pusingkan kaki dan badan sekali
=Jangan sekat pandangan di hadapan
=Pandang ke hadapan objek

SEMASA MEMUNGGAH OBJEK
=Bongkokkan lutut
-turunkan objek
-tegakkan tulang belakang
-pastikan berat objek berdekatan badan
=Jari tangan dan kaki
-adakan ruang yang cukup
=Gelangsar objek (slide the object)
-apabila hendak meletak objek diruang yang sempit
=Letak objek
-letak bahagian tepi objek di atas meja dan tolak ke hadapan dengan menggunakan tenaga tangan dan badan


KAEDAH PENILAIAN FAKTOR-FAKTOR BERISIKO
=Kenalpasti hazad
-analisis rekod kemalangan di tempat kerja
-tangan kepada pekerja
-perhatikan kerja-kerja yang dijalankan

=Penilaian risiko
-tindaklaku & postur
-beban objek/kerja
-persekitran pekerjaan
-kerja berkenaan

=Kawalan risiko (Gunakan Hirarki Kawalan)
>Reka semula kerja
--ubahsuai objek
--ubahsuai ‘layout’ tempat kerja
--ubahkan tindaklaku, pergerakkan & daya kekuatan
--susun atau semula aliran bahan-bahan
--ubahsuai kerja – bantuan mekanikal
--ubahsuai kerja – angkat berpasukan


>Alat bantuan mekanikal
-- contoh-contoh alat bantuan mekanikal

>Latihan
-- adakan latihan khas
-- latihan prinsip tentang pengendalian bermanual

>Lain-lain kawalan
-- keperluan khas
-- pakaian
-- PPE


TOPIK 18 :KEKEMASAN TEMPAT KERJA (2 JAM )

KEKEMASAN (HOUSEKEEPING)

TAFSIRAN:
Kekemasan termasuk menjaga bangunan, kilang, mesin-mesin dan peralatan supaya terurus dan diselenggarakan dengan betul; menjaga semua kemudahan sanitari dan kebajikan serta membersih dan mengecat dinding, siling dan kelengkapan-kelengkapan.

TEMPAT KERJA TIDAK KEMAS
=Kemalangan
-tergelincir disebabkan lantai licin atau berminyak
-tersandung di tempat laluan
-tercedera dpd. bahan tajam atau terjulur keluar

=Kebakaran
-dpd. sampah sarap atau bahan penyimpanan yg. tidak tersusun
-terperangkap semasa kebakaran berlaku

=Kurang pencahayaan
-tidak ada mentol lampu
- kelengkapan kotor
- dinding kotor/gelap

=Risiko kesihatan
-habuk yang terkumpul
-tersentuh bahan kimia yg. tidak ditutup
-terdedah kepada asap eksos, dll.

KEKEMASAN - KEBAIKAN
=kerja kurang letih
-benda-benda yang diperlukan dekat dan senang diperolehi/capai

=lebih banyak ruang di tempat kerja
-bebas dpd. benda-benda yang tidak diperlukan

=kerja lebih sempurna (business like)
- lebih cekap, berurutan dan teratur

=menjimatkan masa
- kurangkan masa mencari benda-benda yang “hilang”
- boleh gunakan masih untuk kerja-kerja lain yang lebih penting

=seronok bekerja
- tempat kerja yang kemas dan tersusun adalah lebih seronok bekerja
- tidak ada bahaya/kemalangan


KEKEMASAN DI PEJABAT
=Laluan bebas
- tiada halangan dpd. kotak, pasu bunga, dll.

=Meja kemas
- meja tempat kerja disusun atur dan dibersihkan setiap hari selepas habis kerja
- Barang-barang yang sentiasa/selalu hendak digunakan hendaklah disimpan berdekatan tempat kerja supaya senang diambil
- Barang-barang yang jarang digunakan disimpan di tempat tetap (jauh dari tempat kerja supaya tempat kerja tidak menjadi sesak)

=Simpan barang tajam
-simpan dlm. kotak, laci, rak, dll. Selepas digunakan

=Tutupkan laci
-pastikan laci meja, kabinet ditutup
-sebelum buka laci yang lain pastikan laci sedia buka ditutup dahulu

=Atur & Simpan dengan selamat
-bahan berat susun dibahagian bawah
-bahan ringan susun dibahagian atas
-elakkan dari jatuh

=Jauhkan hazad api
-gunakan ‘ashtray’
-tahu tempat letak alat-alat pemadam api

KEKEMASAN DI TEMPAT KERJA
>PERALATAN/PERKAKAS
=Bersih dan simpan balik tempat asal
-bersih selepas digunakan
- daripada kotoran, minyak, dll.
-simpan balik tempat yang diambil

=Laporkan peralatan yang rosak
-lapor kepada pegawai atasan
-jangan cuba memperbaiki peralatan jika tiada kebenaran/ berkemampuan

=Penyimpanan
-Asingkan bahan-bahan yang digunakan spt. bahan kimia, bahan mudah terbakar, dll.
-Setiap bahan kimia mesti mempunyai label lengkap
-Tempat penyimpanan setiap bahan yang kegunaan perlu dilabel dengan terang dan jelas
-Bahan kimia – simpan di tempat berkunci

=Penyelenggaran mesin
-ikut jadual pembersihan/penyelenggaran yang disyorkan
-buku manual daripada pembekal
-laporkan kepada pegawai atasan jika ada masalah

=Pembersihan tempat kerja
- sampah sarap, sawang labah-labah
- tumpahan minyak
- sisa-sisa daripada pekerjaan seperti ‘metal filing’, serpihan kayu, dll.
-elakkan hazad tersandung (tripping)

=Pencahayaan
-lampu mentol/kalimantan bersih (jadual pembersihan)
-pencahayaan yang cukup (mengikut jenis pekerjaan)
-tidak ada bayang/tempat gelap
-tidak ada silau

=Tempat kerja
-meja tempat kerja disusun atur dan dibersihkan setiap hari selepas habis kerja
-Barang-barang yang sentiasa/selalu hendak digunakan hendaklah disimpan berdekatan tempat kerja supaya senang diambil
-Barang-barang yang jarang digunakan disimpan di tempat tetap (jauh dari tempat kerja supaya tempat kerja tidak menjadi sesak)

=‘Clean-as-you-go campaign’
- jika ada barang seperti kertas, dll. jatuh ke lantai, kutip dengan segera
- jika minyak tertumpah – cepat bersihkan
- susun atur kerja
supaya mengelakkan kemalangan, hilang benda yang hendak dicari, berselerak, kelewatan menjawab sesuatu surat penting

3 comments:

  1. Thanx..... helps me a lot!!! huhu.... Thanx again....

    ReplyDelete
  2. tq ..sangat membantu..mohon share..

    ReplyDelete
  3. adakah penyakit hernia yang telah di alami oleh pekerja boleh dituntut dengan PERKESO?? pekerja perlu menjalani pembedahan sejurus mendapat sakit hernia itu,sakit ini di sebabkan pekerja telah mengangkat objek yang berat di tempat kerja,,adakah itu dikira sebagai bencana kemalangan di tempat kerja??

    HERNIA - usus saluran makanan dalam perut yang terturun ke kantung kemaluan.

    ReplyDelete