Tuesday, May 5, 2009

SOALAN SEQ

TOPIK 1 – 3
a.Jelaskan maksud kemalangan
-Sesuatu peristiwa yang tidak di duga atau dirancang dan berlaku dalam satu urutan kejadian melalui satu kombinasi penyebab-penyebab.

b. Terangkan Teori Domino Heinrich
- Teori Domino Heinrich berdasarkan kepada rangkaian atau urutan peristiwa, yang disusun secara kronologi hinggalah kejadian kemalangan
Peristiwa (a) ---- Peristiwa (b) ---- Peristiwa (c) ---- Kemalangan ---- Kesan

c. Huraikan lima (5) faktor / peringkat dalam rangkaian / urutan peristiwa
-keturunan / persekitaran sosial
-kesilapan seseorang yang menjadi penyebab
-tindakan yang tidak selamat
-kemalangan, dan
-kecederaan

d. Senaraikan jenis-jenis pemeriksaan keselamatan yang boleh digunakan.
-Pemeriksaan keselamatan berjadual
-Pensampelan keselamatan
-Lawatan keselamatan
-Pemerhatian keselamatan secara umum
-Pemerhatian keselamatan sikap

e.Terangkan secara ringkas jenis pemeriksaan yang disenaraikan di atas.
- Pemeriksaan keselamatan berjadual
> Merupakan jenis paling biasa digunakan.
>Rutin, meliputi semua aspek keselamatan.
>Memeriksa tempat kerja, pekerja, prosidur.
>Melibatkan satu pasukan kecil.
>Kekerapan pemeriksaan – bulanan.
>Masa yang diperlukan 1-3 jam.

Pensampelan keselamatan
>Merupakan satu bentuk pemeriksaan keselamatan kecil atau ‘mini’.
>Memberi tumpuan kepada isu dimana ada lapuran kecederaan atau ‘near-miss atau ada masalah.
>Melibatkan dua atau tiga orang sahaja.
>Kekerapan pemeriksaan ada mingguan dan melibatkan tidak lebih daripada 2-3 orang.

Pemerhatian keselamatan:
>Dijalankan secara umum – Tujuan mengenengahkan tindakan atau keadaan tidak selamat, kelemahan operasi, kesilapan pertimbangan dan sikap tidak betul supaya isu-isu dikenalpasti dan direkodkan.
>Memeriksa kaedah kerja, keadaan operasi dan penyelenggaran peralatan dan pematuhan kepada prosidur.
>Masa pemeriksaan 5-10minit.
>Sesiapa yang komited kepada keselamatan boeh menjalankan pemeriksaan ini.

Pemeriksaan sikap keselamatan –
>Dijalankan secara informal dalam kerja harian.
>Pemerhatian kepada penggunaan peralatan perlindungan keselamatan.
>Biasa digunakan oleh organisasi yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan ingin meningkatkan lagi kedudukannya untuk membentuk dasar untuk masa akan datang.

TOPIK 4 – 6
a.Nyatakan maksud ‘SISTEM KERJA YANG SELAMAT’

-Satu prosedur resmi yang dihasilkan daripada pemeriksaan tugas secara sistematik untuk mengenalpasti semua hazad, menilai risiko dan kaedah kerja yang selamat bagi memastikan hazad dapat diatasi atau dikurangkan.

b.Nyatakan tiga (3) contoh dimana Sistem Kerja Yang Selamat dikehendaki sebagai sebahagian dari kawalan.
-Operasi pencucian dan penyelenggaraan.
-Pertukaran prosedur biasa – termasuk lakaran (lay-out), bahan dan kaedah.
-Kerja bersendirian atau jauh dari tempat kerja dan kemudahan.
-Kerosakan (breakdown) dan kecemasan.
-Kawalan keatas aktiviti kontraktor di tempat kerja.
-Pemunggahan kenderaan, penurunan barang-barang dan pergerakan.

c.Nyatakan lima (5) langkah asas di dalam pembentukan sistem kerja yang selamat.
-Penilaian keatas tugas.
-Mengenalpasti hazad, penilaian risiko dan kawalan.
-Mengenalpasti sistem yang selamat.
-Melaksanakan sistem.
-Memantau sistem.

6.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ‘Pengurusan Kehilangan’
Konsep Pengurusan Kehilangan; Satu percubaan untuk mencegah kejadian kecederaan, risiko kesihatan, kerosakan harta dan kerosakan hasil kerja atau produk melalui penelitian kepada penyebab.

.Nyatakan lima (5) prinsip ‘Kawalan Kehilangan’
-Sesuatu tindakan yang tidak selamat, keadaan yang tidak selamat, kecederaan, kerosakan harta atau kemalangan nyaris (near miss) adalah isyarat (indication) sesuatu yang tidak kena dengan sistem pengurusan.
-Kita boleh meramalkan sesuatu keadaan tertentu yang ianya boleh menyebabkan kecederaan teruk atau kerosakan besar.
-Keselamatan hendaklah diberi petimbangan yang sama dengan fungsi lain dalam pengurusan sesuatu organisasi.
-Prestasi keselamatan berkesan adalah dalam bentuk prosedur pengurusan yang menetapkan kebertanggungjawapan (accountability) – kebertanggungjawapan terletak kepada pengurus.
-Fungsi keselamatan ialah didalam menentu dan mengenalpasti kesilapan operasi yang menyebabkan sesuatu peristiwa yang tidak dirancang, tidak diingini dan tidak diduga berlaku.

7.Terangkan maksud dan huraikan secara ringkas ‘Sistem Permit Untuk Bekerja’

Sistem Permit Untuk Bekerja:
Kuasa secara bertulis kepada seseorang pekerja (tradesperson) untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan keatas sesuatu item, peralatan, loji atau bangunan.

Permit ini dikeluarkan kepada orang yang didapati cukup memahami tentang peralatan, yang arif tentang hazad yang mungkin timbul apabila menjalankan kerja, yang telah dilatih didalam sistem permit kerja untuk bekerja dan bagi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit

8. Nyatakan prinsip-prinsip kawalan kehilangan yang berkaitan dalam pengurusan organisasi
- Sesuatu tindakan yang tidak selamat, atau keadaan merupakan/menjadi petunjuk ada kelemahan dalam sistem pengurusan
-Kesan atau akibat kemalangan boleh diramal
-Keselamatan hendaklah diberi pertimbangan yang sama dengan fungsi lain
-Keberkesanan prestasi adalah didalam menetapkan kebertanggongjawaban

Terangkan bidang-bidang utama tanggongjawab pengurusan bagi seorang penyelia dalam organisasi
-kawalan pengeluaran
-kawalan mutu
-kawalan kos
-kawalan kemalangan

9. Huraikan lima (5) cara pengkelasan bahan merbahaya mengikut kesan kesihatan
- sangat toksik;
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang amat serius, akut atau kronik dan menyebabkan kematian

-toksik;
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius, akut atau kronik dan menyebabkan kematian

-memudaratkan;
bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang terhad

-mengakis;
bahan dan sediaan yang boleh memusnahkan tisu hidup apabila bersentuhan dengannya

-merengga;
bahan dan sediaan tak mengakis yang boleh menyebabkan keradangan melalui sentuhan langsung, berpanjangan atau berulangan dengan kulit atau mukus membran

Terangkan lima (5) maklumat utama yang diperlukan di dalam Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS)
i.keluaran bahan kimia
-termasuk nama trade atau nama kimia
-pengenalan syarikat dengan butiran tentang pembekal
ii.kandungan bahan
iii.pengenalpastian bahaya
iv.langkah-langkah pertolongan cemas
v.langkah-langkah pemadaman kebakaran

Terangkan penelitian yang harus dilakukan semasa mengendalikan bahan merbahaya
1.Tahu apa yang dikendalikan
2.Baca label, MSDS, CSDS
3.Gunakan PPE yang sesuai dan sempurna
Jaga kebersihan diri, dan kawasan, basuh tangan.

11. Nyatakan lima (5) faedah terpenting yang boleh didapati akibat tindakan segera yang diambil
1- Menyelamatkan nyawa
2.Melegakan kesangsaraan seseorang
3.Meminimakan kerosakan
4.Membendung insiden berkenaan
5.Memulihkan keadaan kepada suasana asal

Sebelum seseorang pekerja mula bekerja disesuatu tempat kerja yang boleh mengeluarkan gas toksik, terang cara ringkas perkara-perkara yang perlu diketahui oleh pekerja tersebut.
1- Mengenalpasti dan mempelajari tentang bahan-bahan toksik yang terdapat di tempat kerja
2-Mengetahui dan mengikut prosidur-prosidur yang betul semasa pengendalian atau penstoran bahan-bahan toksik berkenaan
3-Mengetahui jenis dan cara menggunakan peralatan keselamatan, jika perlu.
4-Mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan
5-Mengetahui pertolongan cemas

13. Terangkan dengan ringkas maksud kecemasan di tempat kerja.

Nyatakan dan huraikan secara ringkas 3 (tiga) perkara-perkara yang harus diberi perhatian semasa menjalankan Pelan Pengosongan
1-Laluan menyelamat diri
-Laluan ini dan pintu kecemasan haruslah dikaji untuk memastikan sama ada ia sesuai digunakan semasa kecemasan.

2.Lif dan eskalator
Proses pengosongan haruslah dirancang agar ia tidak melibatkan penggunaan lif dan eskalator, tetapi lif hanya boleh digunakan untuk memindahkan individu yang cacat atau kurang upaya dengan seliaan kakitangan kecemasan yang berkuasa.

3.Individu yang kurang upaya
-Semasa proses pengosongan, individu yang kurang upaya hendaklah dikumpulkan di satu tempat khas. Sepanjang masa semasa proses pengosongan dijalankan, warden hendaklah sentiasa bersama individu itu. Untuk mereka yang tidak boleh menggunakan tangga, haruslah dipindahkan dengan penyeliaan Ahli Bomba dan Penyelamat

4.Pengurusan tempat berkumpul
-Didalam keadaan tertentu, adalah perlu untuk menentukan tempat berkumpul yang sesuai di beberapa kawasan dalam bangunan untuk digunakan semasa prosedur pengosongan.

5.Operator telefon
-Peranan dan tanggungjawab operator telefon (jika perlu) haruslah dipertimbangkan semasa penyediaan pelan tindakan kecemasan.

Senaraikan pegawai-pegawai yang terlibat dalam melaksanakan Pelan Pengosongan
i. Pegawai Perhubungan (Communication Officer)
ii. Warden Tingkat / Warden Kawasan
iii. Warden

TOPIK 10 – 12
14.Huraikan proses bagaimana hazad dikenalpasti.

i. Kajian semula pengklasan tugas
- mengkaji proses kerja
- mengkaji semula tugas

ii. Maklumat toksikologi
- boleh diperolehi daripada pembekal
- daripada bahan rujukan dan terbitan teknikal
- daripada ‘Materials Safety and Data Sheet (MSDS)’

iii. Melawat dan Memerhati
- menjalankan pemeriksaan
a. pemeriksaan keselamatan berjadual
b. pensampelan keselamatan
c. lawatan keselamatan
d. pemerhatian keselamatan

iv. Pensampelan persekitaran
- ditempat kerja dengan menggunakan peralatan untuk mengukur tahap pencemaran, seperti gas, zarahan, haba

Terangkan mengenai “Materials Safety and Data Sheet (MSDS)”
-identiti bahan kimia
-nama umum dan kimia
-ciri-ciri fizikal dan kimia
-hazad-hazad
-cara memasuki
-tahap pendedahan
-status karsinogenik
-langkah penjagaan / pengendalian
-prosidur kecemasan
-tarikh dibuat dan butir-butir mengenai pembuat
(pilih)


Terangkan mengenai senarai semak pemeriksaan.
-tempat laluan, penghalang dan pintu kecemasan
-kekemasan dan pengestoran
-pembuangan sisa
-pengelakkan daripada objek merbahaya
-pelindung mesin
-keselamatan letrik
-penggantian udara
-pencahayaan
-bunyi
-bahan-bahan merbahaya dan penggendaliannya
-peralatan perlindungan
-angkut dan postur
-ketinggian dan jarak mencapai
-kerusi
-peralatan tangan
-stres dan kenyaringan
-komunikasi
-kemahiran dan tanggungjawab
-masa kerja dan rehat
-kemudahan sanitari, loker dan bilik rehat
-kemudahan minuman dan makanan
-program-program kesihatan
-pendidikan keselamatan dan kesihatan
(pilih 5)

15. Terangkan bagaimana anda mengambil langkah-langkah untuk menjalankan penyiasatan kemalangan ini ?
1 .Mengetahui kejadian – prosidur melapur, peraturan kerja dsb.
2. Ketibaan ditempat – membantu mangsa, mengasingkan tapak dan peralatan
3. Siasatan –
prosidur siasatan, siapa
yang sepatut
diberitahu,memperolehi
fakta dengan cepat,
menentukan aktiviti
ditapak, ambil bukti dan
maklumat, menentukan
sebab kemalan
gan,menemuduga saksi
4. Menyediakan lapuran – kandungan, maklumbalas yang positif, cadangan, kesimpulan.

16. Di dalam bengkel membaiki kereta terdapat peralatan tangan dan peralatan tangan berkuasa mudah alih seperti alat pengikat nut berkuasa (nut fastener). Penggunaan peralatan seperti ini boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
a.Senaraikan peralatan tangan lain yang biasa digunakan bagi bengkel seperti ini

-Pengikat skru, perengkuh, gergaji, pengisar, playar, tukul besi, dll.

Terangkan lima (5) kemungkinan keadaan penyalahgunaan peralatan ini yang berpotensi mendatangkan kecederaan berlaku.
Menggunakan pengikat skru untuk menebuk lubang. Memberi penerangan dengan merujuk kepada peralatan yang digunakan seperti yang disenaraikan

TOPIK 13 – 15
17. Huraikan lima (5) cara bagaimana peranti perlindungan (P.P.E.) dipastikan dapat melindungi seseorang

1.dipakai dengan sempurna (memerlukan latihan)
2-sentiasa dipakai apabila terdedah kepada hazad
3-dicuci dengan sempurna (dengan sabun dan air, dll.)
4-diselenggara dengan sempurna
5-disimpan ditempat yang sempurna

Terangkan mengenai perlindungan pendengaran.
-Diperlukan di kawasan bunyi bising yang melebehi 85 dB (A)

penutup telinga (earmuffs)
~ pengguna hendaklah membersih dan menyelenggarakannya

-periksa, cuci dan simpan di dalam plastik yang bersih atau bag ‘ziplock’
-simpan di luar tempat kerja
~ sekiranya pasangan penutup telinga digunakan lebih daripada satu orang ia hendaklah di disinfeksi sebelum digunakan oleh orang lain

penyumbat telinga (earplug)
-satu pengguna sahaja – JANGAN KONGSI
-cuci setiap hari selepas dipakai
-tukarkan sekiranya rosak

18. Terangkan lima (5) cara untuk memastikan peranti perlindungan (P.P.E.) dapat melindungi seseorang.
( 5 markah )

I .dipakai dengan sempurna (memerlukan latihan)
ii. sentiasa dipakai apabila terdedah kepada hazad
iii. dicuci dengan sempurna (dengan sabun dan air, dll.)
iv. diselenggara dengan sempurna
v. disimpan ditempat yang sempurna

Terangkan mengenai perlindungan tangan
Sarung tangan
-mungkin tahan bahan kimia atau tidak tahan bahan kimia
-sarung tangan yang tidak tahan bahan kimia boleh digunakan untuk melindungi daripada tergesel atau terpotong
sarung tangan tahan bahan kimia
-periksa untuk kebocoran (meniup dan menangkap tempat meniup)
-tukar baru sekiranya rosak
-sarung tangan jenis pendek adalah digunakan seorang sahaja dan tulis nama pemunya
-pakai sepasang ‘disposable gloves’ didalam sepasang sarung tangan jenis panjang
-bilas dan cuci sarung tangan jenis panjang setiap kali selepas digunakan

19. Senaraikan 4 (empat) peralatan yang diklasifikasikan dalam jenis-jenis peralatan tangan dan peralatan mudah alih
1. Adjustable spanners
2. Wrenches
3. Hammers
4. Drills
5. Hand Saw
6. Grinders

Senaraikan langkah-langkah pencegahan kemalangan semasa menggunakan peralatan tangan dan peralatan mudah alih.
1.Tidak membawa pisau atau peralatan tajam dalam poket
2.Bahagian memotong dan tajam hendaklah diletakkan menghala ke bawah
3.Menyimpan peralatan di dalam kotak apabila menjalankan kerja pada paras yang tinggi
4.Menggunakan peralatan yang ditebat (insulated) apabila melakukan kerja pada atau dekat peralatan letrik
5.Gunakan peralatan ‘non-ferrous’ apabila bekerja di tempat yang mudah terbakar atau meletup
6.Baca buku ‘manual’ untuk cara-cara menggunakan sesuatu peralatan
7Mempunyai kemahiran yang mencukupi didalam menggunakan peralatan berkenaan


20. Mengangkat, membawa, menolak atau menarik barang-barang sekiranya seseorang menyalahgunakan cara atau prosidur untuk melakukan sesuatu kerja seperti yang tersebut di atas.
a.Nyatakan empat (4) keadaan yang mungkin boleh berlaku sekiranya seseorang menyalahgunakan cara atau prosidur untuk melakukan sesuatu kerja seperti yang tersebut di atas.

1.Boleh membebankan otot dan menyebabkan anggota badan terseliuh, terkehel atau tergeliat
2.Kulit diluka oleh benda-benda tajam ataupun permukaan yang kasar
3.Patah tulang disebabkan dari hentakan atau barang-barang berat terjatuh
4.Menyebabkan ‘hernia’

b. Terangkan cara-cara seseorang pekerja boleh mengelakkan dirinya dari mendapat kesakitan atau kecederaan dari pekerjaannya
-Rancangan kerja
-Periksa objek ataupun barang berkenaan untuk menentukan keberatannya; pinggir atau tepi permukaan yang tajam
-Tangkapkan objek dengan kuat semasa mengangkut, membawa, menolak atau menarik sesuatu barang.
-Pakai kasut yang bersesuaian dan selamat
-Dapatkan bantuan, jika perlu seperti bantuan mekanikal atau rakan sekerja yang lain.

23. Didalam sesuatu kejadian kebakaran di tempat kerja tindakan segera amatlah diperlukan untuk menangani masalah berkenaan.
a.Nyatakan sebab-sebab tindakan segera diperlukan
I .selamatkan nyawa
Ii .melindungi persekitaran
Iii .menjaga harta-benda dari rosak teruk seperti kilang dan jentera/mesin
Iv .boleh beroperasi semula secepat mungkin
menjaga maruah

b.Terangkan perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam suatu pelan tindakan kecemasan (Emergency action plan) untuk kebakaran.
I Objektif – tujuan pelan tindakan kecemasan
Ii Organisasi – tubuhkan pelbagai pasukan tindakan spt. Pasukan koordinasi kecemasan, pasukan operasi, pasukan pengangkutan dan bekalan, pasukan keselamatan, pegawai perhubungan, ‘log keeper’, Bilik gerakan tindakan kecemasan
Iii Agensi-agensi kerajaan/swasta yang terlibat seperti Jab. Bomba dan Penyelamat, Polis, Hospital, St. John’s Ambulan, Bomba Sukarela, dll.
V Pegawai/pekerja terlibat – nama, jawatan, unit/bahagian alamat rumah, no. telefon
Vi Logistik – perkakas, peralaan, kenderaan, dll.
Iiv Sediakan pelan/prosidur pengosongan bangunan termasuk pintu-pintu kecemasan
Vii Mengadakan latihan/drill dari masa ke semasa untuk semua kakitangan
X Bilik gerakan untuk Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) – siap dengan logistik, geraf, carta dan maklumat-maklumat penting

TOPIK - TOPIK 16 & 18
24 a,Terangkan hirarki kawalan risiko

I .pembasmian
-menggunakan bahan tidak mudah bakar dan bukan mudah bakar untuk membasmi hazad kebakaran
-menanggalkan sudut-sudut yang tajam daripada loji dan peralatan
-tidak menjalankan kerja secara manual dengan menggunakan peralatan mekanikal untuk mengangkat

Ii penggantian
-menggantikan bahan toksik yang dibekalkan dalam bentuk yang kurang berhazad (gantikan cecair dengan bedak)
-menggunakan bahan toksik yang dibekalkan pada kepekatan rendah tetapi masih memberi kesan yang efektif
-menggantikan proses menyembur dengan proses mencelup untuk mengurangkan
pencemaran udara

iii kawalan kejuruteraan
-pengasingan ~ menandakan kawasan hazad, memasang skrin atau penghalang
-enclosure ~ kawalan bunyi bising
-perangkap (containment) ~ local exhaust ventilation
~ pengestoran bahan kimia

Iv kawalan pentadbiran
-memperkenalkan amalan kerja ~ contoh mengurangkan masa pendedahan kepada hazad tertentu
-sistem kerja secara bergilir-gilir
-prosedur penyelenggaraan secara berterusan

V penggunaan peralatan perlindungan keselamatan
-penggunaannya hanya dipertimbangkan dimana kawalan lain tidak praktikal atau meningkatkan perlindungan
-digunakan sebagai langkah terakhir
-digunakan dalam keadaan kecemasan, hazad yang tidak diketahui

b.Huraikan masalah jika tidak mengangkat barang dengan cara yang betul
-otot atau sendi boleh tergeliat atau terseliuh kerana mengangkat beban yang berlebihan
-tulang anggota boleh retak / patah apabila objek yang dibawa terjatuh ke atas kaki, dll.
-Pengendalian permukaan yang tajam atau kasar boleh menikam atau melelaskan (abrasion on the skin) kulit
- Mengangkat beban lebih dari keupayaan diri boleh menyebabkan kesakitan pada dinding perut ~ hernia
-beban berlebihan juga boleh mengakibatkan kesakitan pada tulang belakang

25. Mesin boleh membantu kita dalam melakukan atau membentukkan sesuatu kerja dengan senang dan cepat. Apabila tidak digunakan dengan cara yang betul boleh mendatangkan bahaya.
a.Nyatakan lima (5) kemungkinan seseorang pekerja boleh mendapatkan kecederaan semasa bekerja dengan mesin.
-Tersentuh atau tersangkut (entangled) dengan mesin
-Terperangkap di antara mesin dan bahan atau struktur yang di pasang
-Tersentuk atau tersangkut dengan mana-mana bahan yang bergerak
- Terkena/terhantuk oleh bahan atau bahagian mesin yang terlenting keluar (ejected)
-Bahagian mesin yang berpotensi mengeluarkan tenaga (potential release of energy)


b)Terangkan faktor-faktor yang perlu dititikberatkan apabila menjalankan penilaian risiko terhadap mesin.
Faktor-faktor yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan penilaian risiko terhadap mesin ialah:

I jenis mesin dan kegunaannya. Jangan salah gunakan mesin dari segi kegunaannya
Ii keperluan dan kekerapan untuk menghampirinya
Iii senang masuk/capai – laluan untuk penyeliaan, pemeriksaan dan kerja-kerja penyelenggaraannya
Iv kualiti penyeliaan ke atas tingkahlaku operator
V Knowledge, attitude and practice seorang yang bekerja atau berdiri di kawasan mesin
Vi Kesedaran individu terhadap bahaya mesin dan kemahirannya untuk mengelakkan risiko

26. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kekemasan Di Tempat Kerja’
Kekemasan termasuk menjaga bangunan, kilang, mesin-mesin dan peralatan supaya terurus dan diselenggarakan dengan betul. Menjaga semua kemudahan sanitari dan kebajikan serta membersih dan mengecat dinding, siling dan kelengkapan-kelengkapannya.

Terangkan secara ringkas perkara-perkara yang boleh berlaku akibat dari tempat kerja yang tidak kemas.
1-Kemalangan
-Tersadung oleh benda-benda yang bersepah di atas lantai, tangga dan platform.
-Ditimpa oleh benda-benda yang terjatuh.
-Tergelincir oleh sebab lantai berminyak, basah atau kotor.
-Tercedera oleh benda-benda yang terjulur atau benda-benda yang tidak tersusun.
-Luka, tercucuk atau kulit terkoyak oleh paku, wayar atau logam tajam.
2 Kebakaran
-Daripada sampah sarap
-Bahan mudah terbakar yang disimpan tidak teratur
-Terperangkap semasa kebakaran

3. Kurang pencahayaan dan pengudaraan
-Tidak ada mentol lampu
-Alat pencahayaan kotor
-Dinding kotor dan gelap

5 Kurang pengudaraan
-Ruang pengudaraan tertutup
-Alat penapis udara kotor/tersumbat
-Ruang yang sesak dan sempit

6 Risiko kesihatan
-Habuk yang terkumpul
-Tersentuh bahan kimia yang tertutup
-Terdedah pada asap eksos, gas beracun dll

Huraikan 4 (empat) kebaikan yang diperolehi dari tempat kerja yang kemas.
Kebaikan kekemasan tempat kerja adalah :-


1. Kerja kurang meletihkan
-Benda-benda yang diperlukan dekat dan senang diperolehi/dicapai

2. Lebih banyak ruang di tempat kerja
-Bebas daripada benda-benda yang tidak diperlukan

3. Kerja lebih sempurna (‘business like’)
-Lebih cekap, tersusun dan teratur

4.Menjimatkan masa
-Kurangkan masa mencari benda-benda yang ‘hilang’
-Masa boleh digunakan untuk kerja-kerja lain yang lebih penting

5.Seronok bekerja
-Tempat kerja yang kemas dan tersusun adalah lebih seronok bekerja
-Tidak ada bahaya/kemalangan

27 Nyatakan cara-cara di mana sesuatu hazad dapat memasuki ke tubuh badan manusia.
- Termakan (Ingestion)
- Melalui pernafasan
-Penyerapan melalui kulit
-Tercucuk/suntikan

b) Terangkan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan jenis alat perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
i. Jenis hazad yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja berkenaan
Contohnya : gas, bahan kimia, asap, wasap, zarah-zarah (particulates), bunyi,
-Tercucuk, hentaman, bahan terjatuh, dll.
-Jenis alat perlindungan diri yang diperlukan adalah bergantung dengan apa hazad yang sedang dihadapi

iiMenilai tahap bahaya atau kesan kemudaratan dengan menjalankan pemantauan individu atau pemantauan persekitaran seperti menggunakan sound level meter - untuk menentukan paras bunyi disesuatu tempat atau kawasan, dosimeter – dos bunyi yang seseorang pekerja itu terdedah dalam waktu bekerja, air sampler – saiz dan jumlah zarah terdapat di udara, gas detector pump – jenis gas dan isipadunya di sesuatu tempat tertutup, dll.

iv.Pemilihan jenis alat perlindungan diri yang sesuai adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu alat PPE menangani masalah (masalah) di (i) dan (ii) di atas.

v.Latihan penggunaan PPE
-sebelum menggunakan sesuatu alat PPE pastikan latihan mengenai cara-cara memakai PPE berkenaan telah pun diberikan walaupun PPE berkenaan nampak senang digunakan
- lakukan ‘fit test, positive pressure test, or negative pressure test’ jika perlu. Pastikan alat PPE di pakai dengan cara yang betul dan sempurna
Semua PPE yang digunakan atau belum digunakan hendaklah diperiksa dahulu. Penyelenggaraan juga perlu dilakukan untuk memastikan PPE sentiasa boleh digunakan termasuk dalam kecemasan

28. Mesin gergaji berkuasa elektrik (circular electric saw) sering digunakan untuk memotong kayu atau batang besi.
a. Kenalpastikan empat (4) jenis hazad yang boleh didapati semasa menggunakan mesin tersebut.

-terpotong tangan
-bunyi bising yang kuat
-percikan api (sparks) -erkena mata / badan
-serpihan besi tercucuk mata / badan
-terbelit / tersangkut dalam bahagian yang memutar
-kejutan elektrik
Pelelesan

Pada setiap hazad yang dikenalpasti di (a), terangkan cara-cara untuk mengatasinya.
-mengadakan penutup automatik pada mata gergaji di mana apabila gergaji bergerak penutupnya menutup mata gergaji dan apabila penutupnya terbuka gergaji akan berhenti bergerak
-menitikkan minyak pelicin semasa memotong besi untuk mengurangkan bunyi bising
-memakai alat perlindungan pendengaran yang bersesuaian
-penutup automatik juga boleh mengurangkan bunyi bising
-memastikan plug dan wayar dalam keadaan baik dan selamat
-mengasingkan / meletakkan dalam satu bilik semua kerja-kerja yang bersangkutan mesin berkenaan
-semua pekerja yang mengendalikan mesin tersebut hendaklah diberi latihan terlebih dahulu
lain-lain jawapan yang munasabah

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete